SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Langgar dan Samun..Lesap selepas kena langgar

Langgar dan Samun..Lesap selepas kena langgar


Kumpulan penjenayah menggunakan taktik
langgar dan samun kenderaan mangsa muncul lagi.
KINDERGARTEN PERCUMA UNTUK ANAK ANDA>KLIK SINI
MAKAN FREE at Capriciossa!> KLIK SINI
Dalam kejadian Isnin lalu, seorang pengurus sebuah syarikat dekat sini kerugian lebih RM160,000 apabila kereta Honda Accord miliknya dilarikan tiga lelaki di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Lembah Beringin di sini.
Kejadian berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari USJ, Subang menghala ke Pulau Pinang.
VOLKSWAGEN TERBARU-JETTA UNTUK ANDA>KLIK SINI
MAXIS HOME JALUR LEBAR PALING BEST>KLIK SINI
Sumber polis berkata, semasa kenderaan mangsa sampai di lokasi kejadian, kereta tersebut tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kenderaan lain jenis BMW warna kelabu dari belakang.
Akibat perlanggaran itu mangsa diarah pemandu kereta BMW supaya memberhentikan keretanya di lorong kecemasan di tepi lebuh raya itu.
Kata sumber itu lagi, sebaik mangsa berhenti, tiga lelaki dari kereta BMW itu keluar dan salah seorang suspek terus mengacukan pisau ke arah mangsa yang semasa kejadian memandu seorang diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir