SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Replika pesawat terbang adik beradik Wright Terhempas

Replika pesawat terbang adik beradik Wright Terhempas




Dua orang peminat tegar dunia penerbangan terbunuh selepas replika pesawat terbang ciptaan adik beradik Wright yang dinaiki
mereka terhempas di sebuah kawasan pedalaman di Ohio pada Sabtu lalu.
Pesawat itu dikatakan terhempas di sebuah padang berhampiran Lapangan Terbang Perbandaran Springfield-Beckley kira-kira pulul 10.45 pagi waktu tempatan.
Pihak peronda lebuh raya negeri Ohio mengesahkan mangsa sebagai Don Gum, 73, dari Beaver Creek dan Mitchell Cary, 64, dari Yellow Springs, Ohio.
This Hari Raya is the best time to buy a Proton Inspira. Here's why... profile image
Kalau rajin klik sini sama yer..TQ
                                                                                         Raya ni pakai kereta baru...
Pesawat tersebut dimiliki oleh syarikat Wright B Flyer Inc. yang merupakan organisasi yang bertanggungjawab memulihara warisan adik-beradik Wright.
Adik-beradik Wright iaitu Wilbur dan Orville yang menetap di Dayton, Ohio telah berjaya membina pesawat dengan kipas yang berjaya diterbangkan pada tahun 1903 di Kitty Hawk, North Carolina, Amerika Syarikat.
Ia merupakan penerbangan pesawat yang pertama berjaya dilakukan dalam sejarah manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir