SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Eh...macam kenal??popular ker????

Eh...macam kenal??popular ker????


Seorang pelayan wanita berusia 27 tahun, Francesca Ariani meminta maaf kerana beliau membuat
kenyataan biadab kepada Perdana Menteri Britain, David Cameron, lapor sebuah akhbar .

Kejadian itu berlaku semasa Cameron mengunjungi sebuah bar bersama isterinya, Samantha di sini baru-baru ini.
DAVIS CAMERON dan isterinya bersantai di luar bar Docenero di Montevarchi, Itali 
Perdana Menteri itu meminta pelayan berkenaan membawa minuman ke sebuah meja di luar kafe yang menjadi tempat duduk beliau dan isterinya.
Namun, Ariani menyatakan dia terlalu sibuk sebaliknya meninggalkan Cameron membuat pekerjaan menghantar minuman bersendirian.
Ariani berkata: "Saya berasa amat malu. Saya tidak mengetahui beliau ialah Perdana Menteri Britain.
"Saya amat kesal jika saya kelihatan biadab. Saya tidak berniat begitu."
Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa dia amat sibuk.
"Beliau (Cameron) meminta dua cawan cappucino dan secawan espresso dan menyatakan akan berada di meja di luar tetapi saya menyatakan beliau (Cameron) perlu membawanya bersendirian kerana saya berada di belakang bar," jelas Ariani.
Kejadian itu berlaku di luar bar Dolcenero di Montevarchi, Itali.
Sape kata Smartphone mahal???beli smartphone secara bundle je....klik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir