SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Plat "KDA 1" harga RM112,200

Plat "KDA 1" harga RM112,200

Nombor pendaftaran kenderaan ‘KDA’ mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu
RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut.
Pemandu Bas Ada Rekod Kesalahan Akan Ditukar
“Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah,” katanya 
Beliau berkata bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100.
KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya.
Beliau berkata dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini.
Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini.

USB broadband limited edition milik anda : sini
                                      New FULL HD TV khas untuk anda & keluarga : sini
WAJIB BACA :  blogger-blogger baru : SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir