penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza adalah bulu babi.
Justeru, permohonan produk berkenaan bersama belasan produk lain untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia ditolak oleh mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia,
Kegagalan permohonan itu disahkan menerusi sepucuk surat dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang bertarikh 20 Julai yang lalu dan ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang.
Selain SimplySiti, syarikat dan produk-produk lain yang turut gagal dalam permohonan untuk mendapatkan sijil berkenaan Elken Sdn. Bhd., Kyros Kebab, Noodle Station, Puratos Sdn. Bhd., Kilang Makanan Mamee Sdn. Bhd. dan Roti Utama.
Pada bulan Mei 2010, kurang dua bulan dari permulaan jualan produk itu di pasaran, SimplySiti menerima anugerah “The Best Halal Product” dalam kategori Kosmetik oleh Halal Journal Magazine.
SimplySiti, produk kecantikan dan kosmetik yang diasaskan oleh Siti Nurhaliza pada bulan Mac 2010 bakal melebarkan sayap perniagaannya ke Brunei dan Indonesia.
Siti adalah Presiden dan pemilik SimplySiti Sdn Bhd.
Mereka yang berminat mendapatkan maklumat mengenai produk kosmetik SimplySiti, bolehlah melayari www.simplysiti.com.my.
Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan penafian melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 sekitar pukul 4 petang hari ini,
“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti NurhalizaPenafian ini sekaligus menolak dakwaan individu berkenaan yang kononnya mendapat laporan analisa makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia.