SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Nik Aziz : Saya pun sokong baca Quran masa subuh tak pakai pembesar suara

Nik Aziz : Saya pun sokong baca Quran masa subuh tak pakai pembesar suara



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara pada
waktu Subuh.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menyokong perkara tersebut kerana umat Islam hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat.
Sokong Larangan Guna Pembesar Suara
“Saya tidak setuju jika masjid menggunakan pembesar suara hingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini hari ini.
                                                                           Wajib baca blogger baru: SINI
                                         Jadikan kereta proton anda kepada BMW : 
SINI

 Balik beraya dengan MAS : SINI
Beliau mengulas tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa membaca al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau.
Mengulas lanjut sokongan itu, Nik Abdul Aziz berkata, tindakan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat hingga boleh menyusahkan orang lain.
Malah, kata beliau, seseorang umat Islam perlu menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.
Sementara itu, mengulas pelancaran KRKB, beliau berkata, wanita Kelantan diminta supaya menjual barang kemas milik mereka untuk dilaburkan dalam koperasi tersebut.
Menurutnya, pelaburan itu akan memberi pulangan menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir