SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » AIR ASIA akan jadi TUAN kepada MAS

AIR ASIA akan jadi TUAN kepada MAS


  Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS) akan menjual sahamnya kepada syarikat penerbangan kos tambang murah terbesar di Asia iaitu AirAsia,untuk membantu MAS daripada merudum ke tahap yang lebih buruk
daripada sekarang.
Perjanjian untuk pembelian saham tersebut juga dikatakan akan dimeterai paling cepat hari ini yang bakal menyaksikan AirAsia memegang sebanyak 46.8 % saham di dalam MAS.Pembelian ini adalah disebabkan keperluan MAS untuk kembali merasionalisasi organisasi mereka dan menjadi sebuah syarikat penerbangan utama Malaysia kembali.
                                                                             Wajib baca blogger baru: SINI
                                                                   Jadikan kereta proton anda kepada BMW : 
SINI

 Balik beraya dengan MAS : SINI
Ini bukanlah kali pertama MAS berhadapan dengan masalah.Dah banyak kali dah pun, dan dah berpuluh bilion dah duit khazanah a.k.a duit rakyat digunakan untuk menyelamatkan operasi syarikat MAS ini.AirAsia, yang dulunya hampir bankrup dan sejak diambil oleh oleh Tony Fernandez, “market capitalization” AirAsia adalah 2 kali ganda lebih daripada MAS iaitu RM 11 bilion, berbanding MAS RM 5 bilion.
Kalau dilihat pada pergerakan saham utama sahaja, saham AirAsia berada pada kedudukan RM 3.95 per share, berbanding RM 1.60 per share untuk MAS.Nampak disitu berapa jauh tercicirnya kedudukan MAS berbanding AirAsia.
Dan dijangka juga, akan berlaku pertukaran CEO sekiranya perjanjian dimeterai iaitu tampuk CEO bakal diambil alih oleh Mohd Rashdan Mohd Yusof, iaitu salah seorang daripada Director dalam Khazanah, menggantikan Azmil, CEO MAS sekarang.
Selepas Idris Jala,dipanggil Perdana Menteri ke kabinet, keuntungan yang dijana oleh MAS sepanjang Idris Jala menjadi CEO Mas, menjunam teruk dan mencatat kerugian RM 242.3 juta, berbanding untung RM 310.6 juta dalam tempoh yang sama semasa Idris Jala.
Nak kata melayu tak pandai berniaga,ada juga benarnya.Namun bukanlah semua.Ada banyak contoh anak melayu yang berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang berjaya menjadi usahawan yang dihormati.Pada pendapat kami, tindakan Khazanah untuk menjual saham kepada AirAsia,sebenarnya bukanlah satu langkah yang bijak dari segi persaingan.
Persaingan perlu ada untuk sesuatu perniagaan,lebih berdaya maju.Kalau Airasia dah menjadi antara pemegang saham terbesar MAS, bagaimana pula kesannya? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir