Betullah apa yang dikata " hidayah hanya milikNya dan hanya Dia yang berhak memberi pada sesiapa sahaja yang Dia ingini"....itulah  yang dapat katakan atas perubahan yang berlaku pada artis2 yang dulunya bergiat aktif dalam dunia muzik  
kebanyakan lagu-lagu mereka lebih menjurus ke arah  mencintai wanita, kini lagu-lagu yang dipersembahkan adalah lebih kepada  mencintai Allah dan Rasulullah.
 Itulah yang kini diperjuangkan oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot  Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin  Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).
Amer yang mewakili ahli kumpulannya itu berkata, memandangkan minat  mereka yang tetap mendalam terhadap muzik sejak dulu lagi, kini mereka  sepakat untuk meneruskan karier nyanyian dengan lagu-lagu yang menjurus  kepada agama.
"Selama ini kami memang berkawan antara satu lain, namun kali ini  kami dipertemukan dan bersatu melalui sebuah kelas agama yang telah  dihadiri sejak beberapa tahun yang lalu.
"Apabila sering bertemu di kelas agama, kami telah berbincang tentang  pendekatan yang lebih sesuai dilakukan memandangkan minat terhadap  muzik itu masih ada dan akhirnya tertubuhlah sebuah kumpulan nasyid yang  diberi nama Al Mawlid," ujarnya.
Menurut Amer, ketika ini ahli kumpulan nasyid tersebut dianggotai  oleh tujuh orang termasuk Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo),  Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge), tetapi buat masa ini cuma  mereka berlima yang akan bergerak secara aktif terlebih dahulu.
