Pengarah Pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg (gambar kecil) yang  juga kakak pengasas laman itu, Mark Zuckerberg telah 
meletakkan jawatan,  lapor sebuah akhbar semalam. Dia yang berusia 29 tahun dan bekas pelajar Universiti Harvard meletakkan jawatan setelah berkhidmat selama enam tahun.
 Randi akan memulakan empayar media sosial dengan membantu  syarikat-syarikat teknologi lain menjadi lebih mesra sosial dengan para  pengguna. 
Laman rangkaian sosial Facebook mengesahkan peletakan jawatan itu.
"Kami boleh mengesahkan bahawa Randi telah memutuskan untuk  meninggalkan Facebook bagi memulakan syarikatnya sendiri," katanya dalam  satu kenyataan Facebook. 
Zuckerberg yang berusia 27 tahun menubuhkan Facebook pada 2004 dan  harta kekayaannya dianggarkan bernilai AS$13.5 bilion (RM40.23 bilion).Sertai Bloglist Chegu Zubir : Klik SINI  
jana pendapatan dengan blog anda: Klik SINI
 
