SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Ex TNC Unisel : Bebas tuduhan menipu

Ex TNC Unisel : Bebas tuduhan menipu


Bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr. Rustam Abbas (gambar) dilepas dan dibebaskan
oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menggunakan surat sambungan kontrak perkhidmatan bagi jawatan itu yang palsu empat tahun lalu.
Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas pendakwaan yang dikendalikan Mohd. Baharuddin Ahmad Kassim gagal membuktikan wujudnya prima facie dalam kes tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, Rustam, 53, didakwa secara curang menggunakan surat bertarikh 28 Disember 2006 bertajuk Penyambungan Kontrak Perkhidmatan/Pinjaman Sebagai Timbalan Naib Canselor, Universiti Industri Selangor yang palsu sebagai tulen.
Rustam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Sumber Manusia Unisel, Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor di antara Julai dengan Ogos 2007 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.
Rustam yang kini merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 15 Mac 2009.
Tertuduh pula diwakili oleh peguam Datuk Salehuddin Saidi.
Raya tahun ni dengan kereta baru...terbaik
Never Pay For Car Servicing For The Next 5 Years. profile image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir