SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Paula Abdul Bercinta dengan Makhlus Halus

Paula Abdul Bercinta dengan Makhlus Halus


JURI rancangan realiti X Factor, Simon Cowell dan Paula Abdul diganggu makhluk halus ketika menginap di sebuah hotel di Dallas, Amerika Syarikat.
Bukan sahaja kedua-dua juri ini, malah seorang peserta
bernama Reid yang turut menginap di hotel berkenaan mendakwa mengalami gangguan itu.
"Reid tidak tahu bahawa hotel tersebut berhantu tetapi dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hotel tersebut.
"Selepas terkena gangguan dia melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak hotel dan daripada situlah dia mengetahui tempat penginapannya berhantu," ujar sumber seperti dipetik Splashnews.com.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila gangguan itu berlaku kepada kedua-dua juri X Factoryang juga berada di sana.
Disebabkan gangguan-gangguan yang diterima pada malam pertama itu kesemua mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke hotel lain.
"Paula terkena histeria kerana air di bilik mandinya terbuka dan tutup dengan sendiri, bagaimanapun Simon pula seperti teruja dengan gangguan itu.
"Dia memilih untuk terus tinggal di hotel berkenaan," ujar sumber tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir