SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Astro Pek Indon khas Buat Yang Minat Drama Indon

Astro Pek Indon khas Buat Yang Minat Drama Indon

Astro Bawa Pakej Hiburan Indon, Tambah RM12!kepada peminat citer indonesia yang suka bangat mau nonton sinetron indonesia..kini dengan mudah anda boleh layan drama-drama terbaik indonesia hanya dengan tambah rm 12 sahaja...nak tau macam mana...

Indo Pek mampu dimiliki dengan hanya RM12.00!
Astro terus memberi pilihan kepada pencinta kandungan 100% TV dan filem Indonesia melalui pakej premium terbaru; Indo Pek yang akan ditawarkan dalam dua saluran dedikasi dengan harga yang amat berpatutan; RM 12.00 sebulan selama 24 jam sehari.
Pembekal kandungan; Broadway Media Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat penyiar Astro membawakan saluran Bintang (saluran 141) dan Pelangi (saluran 142) yang akan disasarkan kepada golongan keluarga terutamanya kepada pelanggan pakej Mustika yang sedia ada.
Saluran Bintang akan menayangkan program-program TV yang meliputi kandungan popular dari pasaran Indonesia yang menyentuh muzik, drama, hiburan, berita dan variasi. Manakala saluran Pelangi pula akan menayangkan filem-filem dari zaman tujuh puluhan sehingga filem-filem terbaru Indonesia termasuk yang disediakan khas untuk kandungan TV.
Pelakon dan artis terkenal Indonesia seperti Acha Septriasa, Baim Wong, Leny Marlina dan Alvin Adam dari program bual bicara Just Alvin telah diterbangkan khas dari Indonesia bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini.
Turut hadir pada majlis sidang media pada petang ini ialah Pengerusi Broadway Media Sdn Bhd; Yang Berbahagia Datuk Syed Ahmad Khalid bin Syed Mohammed dan Presiden Perniagaan Melayu Astro; Encik Khairul Anwar Salleh.
Menurut kata Datuk Syed Ahmad Khalid Bin Syed Mohammed, Pengerusi Broadway Media Sdn Bhd, diantara tujuan menyediakan pakej ini adalah sebagai memenuhi citarasa pelanggan yang meminati sajian program dari indonesia dan ingin menikmati lebih banyak lagi jenis rancangan daripada apa yang telah disediakan di saluran saluran telivisyen tempatan dan di astro pada masa ini.
Justeru adalah difikirkan lebih baik dari segi fokus dan pemantapan penyajian jika rancangan indonesia dipelbagaikan dan di sediakan di dalam satu pakej yang khusus untuk menepati citarasa pelanggan.
” Saya percaya dengan adanya pakej indo pek dan kedua saluran tersebut, ia akan mendapat sambutan yang baik oleh penonton dan kita yakin pengisian rancangan akan memenuhi kahendak seluruh golongan penonton.”
Khairul pula mengulas, “Seiring dengan komitmen Astro untuk memberikan pengalaman menonton yang terbaru dan tiada bandingnya kepada para pelanggan, pelaburan dan kerjasama dengan syarikat pembekal seperti Broadway Media Sdn Bhd ini dilihat sebagai salah satu cara bagi kami untuk memperluaskan pilihan kandungan.
” Perhubungan rangkaian yang kukuh dengan syarikat pembekal ini juga telah mengukuhkan lagi usaha bagi memenuhi kehendak tempatan dan dalam masa yang sama tidak mengenepikan hasrat utama kami iaitu menyuntik elemen tempatan dalam program-program yang disiarkan.”
Selaras dengan komitmen Astro untuk memenuhi kehendak tempatan, progam-program yang akan bersiaran di kedua-dua buah saluran ini akan mempunyai sari kata Bahasa Malaysia untuk menarik lebih ramai lagi penonton.
Bagi memberikan gambar sebenar tentang dua saluran dedikasi yang dijangka akan menarik perhatian pencinta kandungan 100% filem dan TV Indonesia, semua pelanggan Astro berpeluang untuk menonton dua saluran tersebut; Bintang dan Pelangi secara PERCUMA selama sebulan bermula pada 16 Julai 2011 sehingga 14 Ogos 2011.
Pakej Indo Pek yang disasarkan akan mendapat sambutan yang sama hebat dengan pelanggan sasaran dari pakej Mustika sedia ada boleh mula dilanggan dari 15 Ogos 2011 melalui dua cara:
1. SMS ke 32888 dengan menaip INDO PEK nombor akaun. Caj standard akan dikenakan.
2. Telefon Astro di 1-300-82-7777
Sehingga hari ini, pelanggan Astro mempunyai pilihan 146 buah saluran pelbagai bahasa dan genre program antarabangsa mahupun tempatan termasuk acara sukan global dan tempatan terbaik, 24 jam sehari. Astro terus komited untuk mengekalkan harga bagi Pek Famili pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.
Astro terus meningkatkan mutu produk dan perkhidmatannya bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati hiburan tempatan dan global yang terbaik , pengalaman menonton yang mengasyikkan dan dalam masa yang sama mengekalkan bekalan hiburan di rumah pada harga yang berpatutan. Astro akan terus melabur dalam menyediakan produk dan perkhidmatan terbaru agar para pelanggan sentiasa mendapat pilihan, nilai wang, variasi dan kualiti yang terbaik.

::::Klik Sebagai Tanda Sokongan Anda::::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir