
LENGKAP membadai industri seni dengan cara tersendiri, Yasmin Hani  yang cukup sinonim dengan bidang pengacaraan selain lakonan ternyata  tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan kontroversi dan gosip nakal  mengenai dirinya.
Selepas hubungan cinta dirinya dengan pemuda bernama Don Nazar putus  sekitar tahun 2009, Hani, 32, lantas ditohmah pula sebagai punca  keruntuhan rumah tangga pelakon terkenal Ida Nerina dan bekas pemain  drum kumpulan Blackrose, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohd.  Razali.
Manakan tidak, pernah suatu ketika Hani didakwa berkahwin secara  senyap-senyap dengan Shahrin setelah lelaki kacak itu sah bercerai talak  satu dengan Ida pada penghujung tahun 2010.
Peluang keemasan bersua dengan jelitawan berbintang Gemini pemilik  nama sebenar Yasmin Hani Ismail Richardson tidak dilepaskan daripada  membicarakan soal hati dan perasaannya itu.
Semuanya terungkai apabila figura genit itu diusik dengan soalan bila  agaknya dia bakal mendirikan mahligai abadi yang diimpikan setiap  wanita dalam hidup.
Tanpa terduga dan cukup mengejutkan, pantas sahaja Hani menjawab: "Hujung tahun ini!"
Hani lantas menjelaskan dia dan pasangannya itu kini sedang sibuk  menyelesaikan segala prosedur dan persiapan sebelum mendirikan rumah  tangga dan keluarga yang diimpikan selama ini.
"Rasanya tidak perlu saya khabarkan siapa bakal suami saya kerana  umum sudah mengetahui kisah antara saya dan Mr. S itu dan memang dia  calon yang sesuai memandangkan keluarga masing-masing juga merestui  hubungan kami berdua," katanya seakan-akan bermadah pula.
Justeru, biarpun tidak menjelaskan Mr. S itu adalah Shahrin, namun jelas sekali lelaki yang dimaksudkan itu sememangnya Shahrin!
Menurut Hani, pertengahan bulan Oktober dipilih sebagai tarikh paling  afdal buat dia dan pasangannya itu untuk mendirikan istana cinta yang  menurutnya, majlis perkahwinan mereka juga hanya akan diadakan secara  kecil-kecilan bertempat di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur."Syukur semuanya berjalan lancar setakat ini, baju, tempat, semua  sudah ada dan majlis nikah dan sanding akan diadakan serentak di tempat  yang sama pada hari yang sama.
Nak BlackBerry PlayBook???
klik :

