SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Anugerah Balai Polis Cemerlang 2011

Anugerah Balai Polis Cemerlang 2011


4 Anugerah Balai Polis Cemerlang 2011 Di PertandingSebanyak empat balai polis di seluruh negara akan dipilih sebagai pemenang Anugerah Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)-Balai Polis Cemerlang pada tahun ini.
Naib Pengerusi MCPF, Datuk Kamarudin Md. Ali berkata, empat balai polis itu bakal menerima salah satu anugerah yang dipertandingkan pada Anugerah MCPF-Balai Polis Cemerlang 2011.
“Empat anugerah itu adalah Balai Polis Cemerlang Kategori A iaitu balai polis yang terletak di kawasan bandar, Balai Polis Cemerlang Kategori B iaitu balai yang terletak di kawasan luar bandar, Balai Polis Cemerlang Sabah dan Balai Polis Cemerlang Sarawak,” katanya di sini hari ini.
Kamarudin berkata, sebanyak 131 daripada lebih 800 balai polis di seluruh negara akan dinilai mulai September ini dan keputusannya akan diumumkan pada Januari tahun depan.
Menurutnya, sebanyak 67 merupakan balai polis dalam bandar dan 64 balai polis luar bandar tesebut akan dinilai pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), pemimpin masyarakat, wakil polis dan MCPF.
Jelasnya, pemenang pada tahun 2007 dan 2009 dihantar ke Melbourne untuk manjalani latihan selama dua minggu bagi mendedahkan mereka kepada pelaksanaan tugas kepolisan yang diamalkan di sana.
Katanya, kali ini empat ketua balai yang memenangi anugerah itu akan dihantar ke Hong Kong selama dua minggu untuk lawatan dan latihan selain mempelajari kaedah-kaedah yang boleh diguna pakai di sini.

::::Klik Sebagai Tanda Sokongan Anda::::



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir