SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Sepah Tewaskan Jozan Juarai Maharaja Lawak

Sepah Tewaskan Jozan Juarai Maharaja Lawak


Walaupun tidak diletakkan sebagai peserta pilihan pada awalnya, kumpulan Sepah akhirnya berjaya memikat hati pengundi dan juri hingga membolehkan mereka muncul sebagai juara Maharaja Lawak yang pertama .

Sepah yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat itu berjaya membawa pulang wang tunai
berjumlah RM350,000 dan trofi dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Sketsa mereka mengenai tindakan dua penyamun yang ‘merompak’ rumah pendakwah terkenal ternyata membuatkan stadium bergema dengan gelak tawa penonton.
Persembahan bersahaja mereka dalam sketsa kedua (komedi muzikal) mengenai masalah rumah tangga juga mendapat reaksi yang hebat daripada penonton sekaligus ‘mengesahkan’ lagi penguasaan kumpulan berkenaan dalam pertandingan itu.
Gelaran naib juara pula menjadi milik kumpulan Jozan sekali gus memenangi wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi.
Persembahan komedi Jozan mengenai Hang Tuah di dalam muzium dan persembahan muzikal komedi mereka mengenai telatah dua orang samseng sangat menghiburkan namun belum cukup untuk memintas markah yang diperoleh kumpulan Sepah.
Juara Raja Lawak musim kedua, Nabil jatuh di tempat ketiga serta membawa pulang wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
Sementara itu, tempat keempat dimenangi kumpulan Jambu yang memenangi RM50,000 dan trofi.
Kesemua persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal itu telah diadili oleh tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek yang mewakili 50 peratus.
Selebihnya adalah menerusi undian khidmat pesanan ringkas.
Maharaja Lawak merupakan program realiti yang julung kali diterbitkan dengan menghimpunkan bekas juara dan finalis program Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima.
Lapan peserta lain yang telah tersingkir sebelum ini ialah kumpulan R2, Balas, Man, Amir, Alex, Jihan, Wai dan XN3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir