Para pengguna Islam diingatkan supaya jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan sijil halal yang dikeluarkan oleh agensi atau badan antarabangsa.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini kerana kebanyakan daripada agensi terbabit hanyalah badan bukan kerajaan (NGO) yang mana piawaian mereka agak longgar berbanding apa yang disyaratkan
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Sebagai contoh di Washington, katanya, ada badan dakwah setempat yang mengeluarkan sijil halal pada komuniti mereka bagi membolehkan orang Islam datang ke kedainya ahlinya.
” Agensi atau badan antarabangsa ini kebanyakannya hanya ‘tengok’ kemudian ‘perakui’ sahaja.
” Ini berbeza dengan kita kerana kita cukup teliti sebelum mengeluarkan sijil halal, kita berkerja sama dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan dan banyak lagi, kita periksa betul-betul sebelum membuat pengesahan halal dan mengeluarkan sijil, bukan macam mereka” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan kad tauliah mengajar dan pelan strategik pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Al-Ghazali, Bandar Manjalara, Kepong di sini hari ini.
Mengulas mengenai kad berkenaan, Jamil Khir berkata, ia lebih kepada mengawal pengajaran agama Islam, bukan bertujuan untuk mengongkong dan menyulitkannya.
Katanya, beliau gembira kerana ketika ini kes-kes pendakwaan yang difailkan di mahkamah bagi kes mengajar tanpa tauliah semakin berkurangan
” Yang penting, dengan pelancaran kad ini, para penceramah dan pendakwah tidak perlu lagi membawa sijil tauliah mengajar apabila diminta oleh pihak surau atau masjid..hanya perlu tunjuk kad ini saja dan ia ‘laku’ bukan saja di Kuala Lumpur, tetapi juga di Putrajaya dan Labuan,” katanya.
Tambahnya, sebagai menghargai usaha para penceramah dan pendakwah berkenaan, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka semasa mahu memohon atau memperbaharui kad yang mempunyai tempoh kuat kuasa selama tiga tahun itu.
c.z : benda halal haram pun korang buat main yer...sedangkan halal haram adalah amat penting..
Jom Sertai