SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » AIM Kurangkan Anugerah..Hanya 18 Sahaja Tahun Ni

AIM Kurangkan Anugerah..Hanya 18 Sahaja Tahun Ni


Kemerosotan jualan album secara fizikal iaitu menerusi jualan cakera padat dan kaset secara tidak langsung telah menjejaskan Anugerah Industri Muzik yang ke-18 (AIM 18) yang akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini pada 12 November ini.
Anugerah anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang menyediakan
hadiah berupa trofi itu misalnya, terpaksa mengurangkan jumlah anugerah daripada 29 anugerah pada tahun lalu kepada 19 anugerah pada tahun ini ekoran daripada senario tersebut.
Menurut Naib Pengerusi RIM dan  Ahli Jawatankuasa Pembangunan Industri persatuan itu, Adrian Lim, kemerosotan jualan album dan kurangnya penerbitan album-album tempatan menyebabkan pihaknya meniadakan kategori Album Terbaik untuk semua genre muzik.
“Tahun ini tiada kategori anugerah Album Pop Terbaik dan beberapa lagi genre muzik. Ini kerana, tidak banyak album yang diterbitkan pada tahun ini. Bagi mengatasi masalah itu kesemua album yang bertanding hanya merebut kategori Album Terbaik secara keseluruhannya.
“Bagaimanapun, kami masih menyediakan kategori Lagu Terbaik untuk semua genre muzik yang dipertandingkan seperti pop, rock, nasyid, hip hop, etnik, Lagu Inggeris Terbaik dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar pertama AIM 18 di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri RIM, Rosmin Hashim, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad selaku penaja utama AIM 18 dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh selaku penyiar rasminya.
Meskipun merosot daripada segi jumlah anugerah, tetapi AIM yang telah dianjurkan sejak 17 tahun lalu itu turut menyelitkan satu anugerah baru yang diberi nama Artis Mobile Terbaik Celcom yang membabitkan semua syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini.
Tambah Adrian, menerusi anugerah itu, lagu yang paling banyak dimuat turun secara digital menerusi telefon akan diangkat sebagai pemenang di mana ia dikira berdasarkan muat turut membabitkan semua syarikat telco yang terbabit dalam aktiviti itu tersebut.
Sementara itu, Rosmin Hashim yang ditemui pula berkata, kali ini AIM diadakan di tempat lebih besar seperti Stadium Putra berbanding Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bagi menampung lebih ramai penonton bagi menyaksikan malam kemuncak anugerah itu.-mynewshub
“Dulu para penonton yang menyaksikan AIM dikenakan tiket berharga RM50 sewaktu ia diadakan di PWTC. Malah, Dewan Merdeka pula hanya mampu menampung sekitar 3,000 orang sahaja sedangkan Stadium Putra pula boleh memuatkan lebih 10,000 orang dan percuma pula,” ujarnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir