Pernahkah Telefon bimbit anda basah terjatuh atau terendam didalam air atau basah kerana hujan? Jangan terburu-buru membawanya ke kedai telefon bimbit.
Sebab, ada cara sederhana yang boleh dilakukan untuk membuatnya kering luar-dalam seperti sediakala, iaitu menggunakan beras.
Jika semasa telefon bimbit anda basah terkena air, segera matikan / suis-off telefon bimbit anda dengan serta merta dan keluarkan bateri beserta Kad SIM-nya. Ambil beras dan tempatkan dalam sebuah mangkuk atau bekas dan benamkan telefon bimbit itu ke dalamnya. Beras akan berfungsi seperti gel silika, yang akan menyedut dan menyerap kelembapan. Biarkan beberapa jam untuk memastikan telefon bimbit itu kering. Jika telefon bimbit telah kering sepenuhnya, pasanglah kembali bateri dan Kad Simnya serta suis-on telefon bimbit anda. InsyAllah.
Jangan sekali-kali mengeringkan telefon bimbit yang basah dengan menggunakan bahan pemanas yang berlebihan, seperti menggunakan pengering rambut (hair dryer), panas lampu, atau dijemur di bawah sinar matahari secara berterusan.
Cara-cara tersebut boleh merosakkan komponen dan connector pada telefon bimbit anda. Cara ideal untuk mengeringkan telefon bimbit adalah menggunakan kompresor udara bertekanan rendah atau vacuum cleaner.
Selamat mencoba.