kebanyakan daripada kita tak suka ditegur...tapi kadang-kadang selagi tak ditegur
akan tetap melakukan perkara yang sama
dalam dunia blog pun sama gak
ada disebabkan teguran untuk meningkatkan diri
sampai keluarkan entry untuk tinggalkan dunia blog
perlu ke camtu???
gambar xde kene mengena..hahahhaha |
teguran itu penting...
untuk menjadikan apa sahaja serta diri kita lebih baik daripada yang sebelum ini
namun kebanyakan tidak tahu bagaimana untuk menegur dengan berhemah
dan penerima pulak tidak tahu membezakan teguran atau kemarahan yang dilemparkan kepadanya
so sekarang c.z nak kongsi tips bagaimana untuk menegur dengan TERBAIK
1) gunakan bahasa yang cantik dan sopan
"adik, abang nak tegur ni...apa kata bla bla bla.....
abang harap adik dapat terima cadangan ini demi kemajuan adik jugak..terima kasih"
gamaknya kalau macam ni ayat nye ada tak orang yang akan terasa????
ce citer ce citer????
itu maksudnya penggunaan bahasa perlulah sesuai barulah orang itu mendengar
2) Berdepan dengannya...
kalau dalam dunia blog...hantar emel kepadanya..kadang-kadang manusia
bila kita terus dihadapan orang atau di khalayak ramai
dia seakan terasa seperti dimalukan
kalau dimalukan apa yang anda rasa????
konpem sedih dan marah....
so teh the solution is
-hantar emel bagi yang ada kat alam maya nih ( bukan alam barzakh )
- buat perjumpaan 4 mata...mean berdepan dengan orang itu ( bukan date k )
3) terangkan secara detail mengapa dia perlu ditegur
manusia mudah membuat tanggapan dan kebanyakan tanggapan tersebut adalah negatif..
terangkan kepadanya mengapa anda menegur
sebagai kawan, sebagai abang, sebagai rakan dunia blogger
sebagai ibu, sebagai ayah dan sebagainya
pastikan dia memahami agar mengelakkan dia menyimpan dendam terhadap anda
Tips untuk Yang Ditegur
1) pandang setiap teguran yang diterima dengan +ve
itu yang terbaik bila anda menerima teguran...ingat setiap teguran adalah untuk memperbaiki diri anda...bukan memburukkan lagi keadaan anda
2) Jangan berdendam dengan yang memberi teguran
ingat dendam tak membawa ke mana..yang terbaik ialah anggap itu pembakar semangat anda untuk jadi lebih baik darida si pemberi teguran
3) Gunakan bahasa yang sopan
andai anda tidak berpuas hati dengan teguran yang diberi..gunakan bahasa yang sopan
anda tak sakit hati, dan yang memberi teguran pun tak sakit hati..kan settle
4) Jangan ikutkan ego anda
manusia ini suka ikutkan ego kadang sampai melampau2
untuk kebaikan diri..rendahkan ego tu sikit k..hehehe
5) Bagi Alasan anda
andai teguran tersebut adalah salah..berikan alasan anda yang terbaik supaya dapat membetulkan tanggapan yang memberi teguran
siap...heheheh
Teguran akan menjadikan diri lebih baik..
ambik yang positif k
jangan mudah melenting bila ditegur...
berfikir sejenak apa yang ditegur