CARI...anggota bomba memeriksa lubang pembetungan tempat dua pekerja terjatuh, semalam. |
Mohd Sufian berkata, kedua-dua rakan sekerjanya iaitu Mohd Rashidi Mohd Rusli, 20, dan Zakaria Ahmad, 32, dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembetungan kumbahan sedalam kira-kira lima meter ketika mereka bertiga bekerja di situ, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
SEDIH...Nas (kiri) tidak mampu menahan kesedihan di hadapan ibu mentuanya. |
Menceritakan lebih lanjut, Mohd Sufian berkata, ketika kejadian, dia bersama Mohd Rashidi dan Zakaria ditugaskan mengorek pasir di dalam lubang kumbahan berkenaan yang menyebabkan sistem pembetungan tersumbat.
Katanya, ketika itu dia ditugaskan mengorek pasir dalam lubang pembetungan kumbahan dengan jarak kira-kira 500 meter dari lokasi dua rakannya itu bekerja.
Menurutnya, ketika asyik melakukan kerja, dia diarahkan majikannya mencari Mohd Rashidi dan Zakaria, namun apabila tiba di tempat rakannya itu bekerja, kedua-duanya tiada lalu mengesyaki mereka terjatuh ke dalam lubang kumbahan itu.