SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » April Fool???Patutkah Kita Menyambutnya???Asal Usul April Fool

April Fool???Patutkah Kita Menyambutnya???Asal Usul April Fool

Assalam...hari ni dah bermulanya hari pertama dalam bulan April dan sudah kita akan teringat akan APRIL FOOL...sudah semestinya kita sedia maklum apa yang dikatakan April Fool dimana kita akan mengenakan rakan-rakan dengan satu peristiwa yang tidak disangka atau sebaliknya. c.z pun pernah terkena dengan rakan sekuliah katanya ada seorang lecturer memanggil
atas sebab tertentu. dalam pemikiran c.z "kenapa pulak dipanggil sedangkan tiada kesalahan pun". c.z pun pergilah untuk jumpa lecturer tu. sekali bila jumpa lecturer tu cakap " saya tak ada panggil pun". Memang saje la dia kenakan c.z. bila balik kelas sekali dia kata "April Fool" dalam hati c.z kata "Hampeh tol".


c.z yakin korang pun pernah kena macam tu cuma keadaan atau peristiwanya yang berbeza je.heheh...tapi tahukah korang asal usul dan mengapa April Fool adalah haram untuk kita sambut kerana ianya melibatkan kejatuhan negara Islam. 

April Fool's Day ini mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. > Risalah Fikrah

 p/s: janganlah kita menaymbut April Fool kerana ianya agenda orang kafir. sebelum menyambut sesuatu periksalah asal usulnya terlebih dahulu. sebarkan kepada rakan semoga sama2 kita beroleh keberkatan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir