SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , » Kelas maya di sekolah Terengganu

Kelas maya di sekolah Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk mewujudkan kelas maya di semua sekolah-sekolah di Terengganu dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata menjelang akhir tahun ini saja kerajaan negeri akan mewujudkan 32 buah kelas maya iaitu di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

keadaan kelas maya...guna netbook jew....tak perlu buku berat2


"Terpulang kepada wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan DUN (PPD) untuk memilih sekolah mana untuk dibuka kelas maya di kawasan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua, guru besar dan Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Terengganu Razali Daud.
Ahmad berkata untuk mewujudkan kelas maya ia memerlukan peruntukan antara RM25,000 dan RM30,000 untuk setiap kelas.

"Jadi diharapkan ia boleh menggunakan peruntukan menerusi bantuan am dan bantuan projek kecil yang diperuntukkan kepada wakil rakyat atau PPD," katanya.

Katanya setiap wakil rakyat atau PPD diberikan peruntukan untuk projek kecil sebanyak RM1 juta manakala bagi bantuan am pula sebanyak RM500,000.

Beliau berkata, ketika ini Terengganu mempunyai tiga kelas maya iaitu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, kedua-duanya di sini manakala sebuah lagi di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, (Kemaman).

Pengajaran kelas maya merujuk kepada pengunaan peralatan multimedia secara interaktif dan guru tidak lagi menggunakan papan putih atau papan hitam, sebaliknya menggunakan 'smart board' yang dihubungkan terus ke talian internet dan e-Book murid.
Smart board itu juga mempunyai ciri-ciri skrin sentuh untuk menukar sesuatu halaman dan boleh mengesan kesilapan yang dilakukan murid. - Bernama

3 baca dan rajin ulas :

Dayana AZ said... Balas Komen

maju betul kerajaan negeri terengganu nih, tp terengganu mmg byk peruntukan utk pelajaran ek...

►AdamXis◄ said... Balas Komen

Assalam...Bw dari BCRoom.net

Hebatnya...makin maju...tgk budak2 skolah rendah skrg pun sorg2 ade netbook...kecik2 dah ade netbook mesti ramai lagi blogger tumbuh macam cendawan...hu3.syabas kerajaan Terengganu

Entri Terbaru : ►Motivasi : Bantuan Waktu Susah

Siti Safiyyah said... Balas Komen

mak aih..kemain la budak2 zaman skang..itu kalo tak pandai2 gak tak tau ler..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir