SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , » AWAS!!! Lelaki tak dikenali melempar asid pada orang awam di Briedfield Kuala Lumpur.

AWAS!!! Lelaki tak dikenali melempar asid pada orang awam di Briedfield Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.
Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.

Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
PARAH...Rohainah cedera pada muka dan
leher selepas disimbah asid oleh lelaki tidak dikenali.

Mangsa pertama, Rohainah Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan dunianya gelap tiba-tiba.

Beliau berkata, ketika itu, dia bersama rakannya dalam perjalanan ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields sebelum seorang lelaki bermotosikal melempar sejenis cecair ke arah mereka.

“Cecair itu terkena muka saya menyebabkan kedua-dua belah mata rosak, manakala muka sebelah kiri hingga ke leher terbakar.

“Rakan saya di sebelah juga terkena tempias di mukanya.

“Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya ketika ditemui di PPUM di sini, semalam.

Katanya, dalam keadaan tidak nampak itu, dia hanya mampu berpegang kepada rakannya sambil berjalan ke arah klinik berdekatan sebelum dibantu seorang lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid mengesahkan kejadian.

Sumber: Hmetro

2 baca dan rajin ulas :

noonaQQ said... Balas Komen

sian nyer...cikgu zubir,pmpuan ni jd mngse kekjaman dh skg..hnye krne dorg bnci sbb sorg pmpuan ni,dorg hukum plak gadis2 yg x bdosa

NUR AYNIE said... Balas Komen

kasihan nya..kejam sungguh org tu..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir