Assalamualaikum semua...semoga anda semua sihat sejahtera dan diberkati olehNya...
sudah makan malam ke??
kalau yang belum tu bawak-bawak la makan dulu...
tak elok makan lewat-lewat ni..hehehe
walaupun kita suka main blog ( cam main fb pulak ) makan jangan la lupa
kesihatan kena la jaga jugak
kerana...bila kita sihat baru boleh publish entry yang best dan menarik
Betul tak???siapa setuju angkat berat...gurau je...
ok..pada malam yang sungguh dingin ni...
C.Z nak berkongsilah sedikit tips dan info berkenaan Trafik & Blog
Blogger-blogger terutama newbie pasti tertanya-tanya tentang
bagaimana untuk naikkan trafik blog??
sekarang C.Z akan bagitahu k...ini pendapat C.Z sepanjang menjadi blogger la...
awal-awal dulu pun tertanya-tanya jugak la soalan macam tu..
ok..
1) untuk menaikkan trafik korang..selalu-selalu la Blogwalking....
ingatlah kata pepatah "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"
maksud disini bukannya memberi blog anda semua kepada blogger lain
tetapi kita singgah blog diorang dan jangan lupa komen la entry diorang
tinggalkan jejak yang memberitahu anda telah sampai disitu
C.Z nak ingatkan jangan tinggalkan jejak anda kat shoutbox...
kadang-kadang kita as blogger jarang la nak tengok shoutbox
apa yang kita terus nak tengok ialah komen...so dekat sini maksudnya pentingnya anda tinggalkan jejak di komen entry dia...insyaAllah if dia jenis menghargai orang..
dia akan blogwalking blog anda pula
2) elakkan Blog yang "serabut"
serabut disini ialah berat, penuh dengan lagu dan susunan tak tersusun. C.Z akui blog C.Z sendiri masih tak terurus..maklumla baru je start aktif berblog sejak kebelakangan ni...berdasarkan BlogRunning yang C.Z jalankan yang mana menerjah 100 Blog, apa yang dapat dilihat hampir 3/4 Blog memasang lagu...kalau lagu yang sedap tak ape..sekali buka blog..dengar lagu...apa lagi C.Z terpaksa la tekan simbol X...nak terjah pun dah tak jadi...jangan masukkan terlalu banyak widget yang mana akan melambatkan loading Blog...
elakkan memasang pop-up Selamat Datang dan bla2...ini kerana ianya akan mengambil masa yang lama untuk load sesebuah page blog..so elakkan yer
3) Join Group Blog
sebagai contoh apa yang C.Z sarankan ialah join blog BCR ( Blogger Chat Room )..di sini kita akan jumpa ramai blogger yang hebat...dan if anda semua ada masalah boleh bertanya dengan mereka...."malu bertanya sesat jalan" ...sebelum dah sesat baru nak tanya better tanya dulu...
4) Ping Blog
untuk menaikkan trafik lagi...gunakan ping blog...ianya sebagai satu medium yang berfungsi membantu orang lain yang melayari internet tahu tentang kewujudan anda..seelok-eloknya apabila selesai menulis 1 entry terus Ping blog tersebut k..sekurang-kurangnya orang tahu tentang info terbaru dari blog anda...untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh search dekat google dengan taip " Ping Blog "
5) wujudkan G.A ( giveaway ) dan Contest
manusia memang dah dilahirkan dengan naluri ingin menang dan memperolehi hadiah..so sebagai satu jalan untuk mempromosikan blog anda..apa salahnya kiranya wujudkan G.A atau contest...tak kisahlah G.A atau contest berkaitan apa sekali pun...hadiah semurah mana sekalipun..yang penting if anda statekan untuk bagi hadiah kepada yang berjaya,,,jujurlah jangan menipu blogger lain..ini akan menyebabkan mereka hilang minat untuk menjadi seorang blogger...yelah..maybe hari ini kita tipu orang, esok lusa siapa tahu kita pulak kena tipu..so beringat-ingatla sebelum anda lakukan sesuatu perkara yang tidak baik terhadap orang lain
" Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui"
oklah..setakat ni 5 tips je yang dapat C.Z sampaikan untuk perkongsian kita bersama
"ilmu itu jika dikongsi akan bertambah,namun apabila sebaliknya ia akan hilang dari pengetahuan kita"
sama-sama kita fikirkan..segalanya berlaku mengikut ketetapanNya
namun manusia la yang mencorakkan bagaimana ianya berlaku sama ada kebaikan atau sebaliknya
Assalamualaikum....