Assalamualaikum
Selamat Pagi semua....
hari ni dah hari keempat dalam bulan Februari..
pernahkah anda terfikir tentang mati atau ajal??
fikir-fikirkan ia sejenak
bagaimana kita akan mati?
bila kita akan dijemput?
dimana kita akan dijemput olehNya?
hari ini dimulakan dengan sesi muhasabah diri
melihat apa kebaikan dan keburukan yang telah dilakukan semalam
berharap semoga kesilapan semalam tidak diulangi
seterusnya diganti dengan lebih banyak kebaikan
sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan yakni Allah..
andai telah ditetapkan anak Adam untuk mati
maka tidak akan dilewatkan walau sesaat kejadian (yakni mati ) itu
betullah apa yang dikatakan.baru selepas melihat akhbar MyMetro
yang mana seorang warga emas yang mengalami masalah mental
dikatakan mampu merangkak celah runtuhan rumahnya
itulah yang dikatakan keajaiban Allah...
walaupun runtuhan tersebut mampu menyebabkan kecederaan yang parah
namun warga meas tersebut hanya mengalami luka kecil dibahagian belakang sahaja
apa yang saya kagum ialah
walaupun warga emas ini mengalami masalah mental
namun dia masih mengingati Allah
dengan berkata " Tak Apa, Allah Selamat"
ketika ditanya oleh orang kampung yang datang melawatnya
untuk membaca cerita penuh klik:
oleh itu, kepada kita yang masih waras gunakanlah kewarasan yang kita miliki ini
untuk mengingatiNya dalam kehidupan seharian
nasihat ini tidak hanya untuk anda semua yang membaca tetapi untuk diri saya
yang kadang-kadang lupa akan Dia yang Satu......