Assalamualakum semua
salam keberkatan dan kesejahteraan semoga kita semua beroleh keberkataan dariNya
tadi time berborak dengan PPM dan rakan sepraktikum
semasa awal pagi menunggu kanak-kanak prasekolah datang
sekali kawan C.Z tanya
"tengok tak berita kes peragut?"
"kenapa"- apa yang best?" C.Z tanya
"peragut mati sorang masuk longkang sorang lagi cedera teruk" jawab kawan C.Z
"sepandai-pandai tupai melompat kena tembak jugak "
C.Z tak tau pun tentang kes tuh..hari ini tengok berita kat internet
sekali ada kes tentang tu...baca la apa lagi
haah...betul....kesian kan...nak meragut
> kredit to my metro
*gambar dalam bulatan: peragut yang terbunuh
manakala seorang lagi cedera parah ( baju belang )
sekali dapat gadis yang betul-betul hardcore ambik kau
kena kejar sampai jalan mati..pastu kena langgar sorang mati
dan sorang lagi cedera parah....
nak tau tak sebab ape sorang tu mati
mati sebab kerandut zakar pecah...pergh menyayat hati jugak dengar
C.Z tengok dalam gambar mamat tu mati dalam longkang
kepala die mengadap longkang...
Tak Pasai-Pasai jew...
ingat if Allah tak redha apa yang kita wat
maka benda yakni pekerjaan itu takkan berlaku dengan baik
apatah lagi pekerjaan itu adalah pekerjaan jahat seperti meragut
masalah juga muda mudi sekarang, kenapa perlu meragut???
masih banyak lagi kerja halal yang boleh dicari
jual air, jual buah, kerja kedai makan
tapi disebabkan sikap malas dan inginkan wang dengan cepat tanpa usaha
itulah jadinya
ingat setiap rezeki perlu diusahakan
bukan datang dengan tiba-tiba
ingat rezeki tidak jatuh dari langit
sebaliknya perlu usaha dan keringat yang kuat
"Allah tidak akan mengubah nasih sesuatu kaum melainkan kaum itu yang berusaha mengubahnya"
*kepada peragut-peragut tegar di luar sana, ingatlah hayat kita semakin pendek
pulanglah ke pangkal jalan.
Jom Baca full artikel dari My Metro
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.
* polis sedang mengambil keterangan daripada mangsa
> cayalah perempuan ni memang berani salute lah
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.
Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.
*keadaan kereta mangsa
* keadaan motor yang dinaiki peragut...hancur teruk
Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.
Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.
“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.
“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.
Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.
“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.
“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.