SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Sibuk Memanjang....

Sibuk Memanjang....

Assalamualaikum
Chegu zubir kembali
kembali setelah lama tidak mengupdate blog yang tidak seberapa ini
maklumlah sibuk dengan praktikal di prasekolah
macam-macam aktiviti dan kerja yang perlu disiapkan
so sempena hujung minggu ini
C.Z nak update la blog ni
bukan apa...orang kata buat apa ada blog tapi
xupdate betul x
so sebelum orang kata better C.Z buat dulu
hehehhehee

ok...C.Z nak minta maaf kepada semua follower C.Z 
kerana sibuk dan xdapat update blog
sebenarnya macam-macam ada di kepala ini
nak ditulis tapi disebabkan kesibukan yang melampau
terpaksalah ditangguhkan
ok...cerita pertama berkaitan praktikum la...
dalam minggu lepas hari rabu if tak silap
C.Z dah kena observe dengan guru pembimbing 
slot yang C.Z kendalikan ialah permainan luar
dimana C.Z mengajar kanak-kanak 5-6 tahun bagaimana untuk mereka berjengket
ya..berjengket yang kita main jengket-jengket atau ketinting...
sebenarnya kanak-kanak awal tahun ini
terutama yang 5 tahun memang susah melakukan dengan baik
Set induksi:
memanaskan badan
buat aktiviti : melihat langit, dikejar anjing, berjongging dsb

langkah1:
tunjuk cara  ketinting...tunjuk cara ini dilakukan dengan C.Z menunjukkan kepada murid bagaimana untuk berjengket iaitu dengan dalam keadaan berdiri dan mengangkat sebelah kaki ke paras dada. dan murid melakukannya dengan bimbingan guru

nak tahu apa lagi yang C.Z buat..klik Diari Praktikum
selain observe oleh guru pembimbing, C.Z juga membantu pihak prasekolah
mengendalikan aktiviti Gotong Royong dimana ianya melibatkan ibu bapa murid dan guru
aktiviti telah diadakan pada hari Sabtu jam 8-12...
dimulakan dengan C.Z memberi makluman dan taklimat kepada ibu bapa
sebenarnya C.Z pun tak tahu nak beritahu apa
C.Z cakap apa yang patut je...tentang pembahagian tugas dan bidang tugas yang perlu dilakukan
dalam 10 minit jugak la C.Z cakap
gementar jugak kerana depan orang tak dikenali
yakni ibu bapa murid
C.Z pasti anda semua pun sama if kena cakap depan khalayak cam C.Z..hehehhee
selepas dah C.Z bagi taklimat, kawan praktikum C.Z , Cikgu Nurul bagi taklimat tentang cara nak guna CD ex-tra....untuk bantu kanak-kanak cepat membaca..
kalau sesiapa berminat boleh la tempah dengan C.Z....
pada C.Z harga tak menjadi keutamaan kerana yang penting anak kita dapat menbaca dengan baik
yelah, pada C.Z seorang guru takkan  mampu untuk melihat secara detail/teliti dan memastikan semua murid boleh membaca dengan lancar kerana guru hanya seorang dan murid seramai 25 orang
jika di tahun 1, guru seorang murid 40 orang....betul tak apa yang C.Z katakan....

selepas itu, C.Z dan ibu bapa mengecat dinding pra...disebabkan ibu bapa yang hadir hanyalah seramai 11 orang dicampur dengan guru dan pembantu seramai 15 orang
maka pembahagian tugas dilakukan dengan bapa-bapa mengecat dinding prasekolah
manakala ibu-ibu pula mengecat pagar, buaian dan juga tayar.
untuk pengetahuan ibu bapa yang tidak hadir perlu memberi sumbangan 
bukan untuk mendenda cuma mengkehendaki mereka untuk sama-sama hadir
demi membantu menjadikan pnp anak-anak mereka lebih bermakna
andai mereka tidak terlibat siapa lagi betul tak?
tanggungjawab anak-anak tidak perlu dilepaskan kepada guru semata-mata
ibu bapa juga perlu memainkan peranan kerana ibu bapa mempunyai lebih masa berkualiti
yakni Quality time ketika di rumah
jadi gunakan masa yang bermanfaat ini dengan sebaiknya...
disamping ibu bapa yang hadir bergotong royong mereka juga membawa juadah
untuk dimakan ketika rehat
bermacam-macam juadah yang mereka bawa
ada bawa nasi lemak, karipap, donut, cup cake,dan macam-macam lagi
membuatkan C.Z sendiri pun tak tahu mana satu nak dijamah...hehehheehe

majlis gotong royong tamat pada jam 1230 tengahari
penat jugak la...tapi disebalik kepenatan terselit kegembiraan kerana mempunyai pengalaman baru
dalam diari kehidupan C.Z iaitu bekerjasama dan juga mengendalikan aktiviti gotong royong
sekurang-kurangnya nanti ketika di sekolah C.Z tak la tertanya-tanya bagaimana nak mengendalikannya..
betul tak???

ada macam2 lagi aktiviti C.Z nak ceritakan kepada anda semua....nantikan post terbaru C.Z selepas ini..jaga diri semua...Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir