salam semua...apa khabar diharapkan anda semua sihat lah yer
td petang pas asar, saje jalan2 blog aka blogwalking...sekali terjumpa satu kontest ni...anjuran BPM ( Blog Pilihan Malaysia).....
kontest blog ni..berkaitan dengan kehidupan student ipg kat ipg msing2..dimana setiap kontestan perlu
cerita tentang pengalaman manis dan pahit bukan masam k...hehehhehee
dan juga apa visi yakni perubahan yang akan dilakukan dalam dunia pendidikan akan datang sebagai seorang
mudarissah, @ teacher @ chegu @ muallim....
ni first time saya masuk kontes cmni....best cz berketan dengan apa yang kita lalui n siapa kita yakni
student di ipg...skurang2nya dpt tmbah kenalan dan juga kongsi pendapat satu sama lain...
sape2 nk join klik link bwh ni
alkisah nk dimulakan cerita pada tanggal 26 jun 2006, bermulalah satu lagi episod kehidupan di
sebuah kawasan iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
( dulu org panggil Maktab Perguruan Islam @ MPI )
setelah 1thun setengah menjalani proses penyediaan yakni foundation
subjek prasekolah, kajian sosial, bm dan bi maka....
pada tahun 2008 bermulalah kisah Degree @ Ijazah dalam bidang Prasekolah....
pejam celik pejam celik dah masuk semester 7 tahun ni.....
tahun depan Insyaallah dah mula berkhidmat sebagai seorang "guru"
bermacam2 pengalaman yang dilalui ketika disini...ade manis, pahit, tawar, masin dan sebagainya...
cam deria rasa plak.....kih3
bersama2 rakan dalam sesi fotografi...hehehehe...after jamuan |
untuk pengetahuan kursus yang diambil oleh saya ialah major -Pendidikan Prasekolah.
manakala minor saya ialah muzik dan juga pendidikan jasmani....
insyaallah 2012 akan menjadi seorang guru prasekolah
"preschool teacher's wannabe" |
ketika menonton teater bersama rakan sekelas dan guru prasekolah di Istana Budaya
Selepas BIG di Prasekolah |
Semasa Lawatan subjek budaya di Melaka |
lawatan ke Sk Jalan 6 utk subjek Pendidikan Khas 2010 |
bercakap tentang pengalaman manis ialah dimana saya telah mendapat anugerah dekan yang mana majlis itu diadakan di dewan institut dan dinamakan sebagai hari Q.
Selain itu juga kenangan manis yang lain ialah kami satu kelas berjaya memperoleh hadiah dalam pertndingan perarakan Maulidur Rasul di IPG 2 tahun berturut-turut.
banner yang telah mendapat tempat pertama dalam kategori sepanduk terbaik Maulidur Rasul 2010, IPG KPI |
Selepas berarak bersama2 |
manakala pengalaman pahit ialah bergaduh dengan rakan atas kesalah fahaman apa yang berlaku...namun semuanya dah kembali normal.
sebagai seorang guru prasekolah,insyaAllah saya ingin menjalankan kajian berkaitan dengan prasekolah sebagai satu usaha memantapkan lagi pendidikan negara. Insyaallah juga jika diberikan peluang saya ingin mengubah kebiasaan guru prasekolah sekarang yang hanya mengajar menggunakan buku lembaran kerja dan kurangnya penggunaan alat bahan bantu mengajar yang terbaik dan dapat meningkatkan kefahaman pelajar....insyaAllah.