salam semua....apa khbar....sihat x???lau xsihat mkn ubat k...hek3...
hari ini aku agak sibuk ckit la cz ptg ni jam 230 japg ade perjumpaan dengan penyelia utk Kajian Tindakan....
jadi sebelum tuh...
adelah sikit bingkisan buat korang semua yang sudi nak baca blog yang xseberapa nih
kekadang aku tgok...manusia xmenggunakan akal bila berfikir
apatah lagi untuk bertindak..yang difikirkan adalah kehendak yang berteraskan kepada nafsu semata...
s manusia kita diberikan akal dan diciptakan sebaik2 kejadian
oleh itu perlulah kita hargai amanah dan tangungjawab s khalifah
walaupun kita xberjaya untuk lakukan semua tugas tersebut....
perlulah berusaha untuk mencapainya tidak hanya mengharapkan hanya pada insan yang mempunyai ilmu agama yang tinggi sahaja...
jom baca petikan akhbar harini.....
n korang nilai lah sendiri...
jgn lupa sumbangkan lah pemikiran korang dengan membuat komen di ruangan komen...hehehee
klah have to go.....tke cre yer
keratan akhbar
credit to: Surat Khabar Kosmo
KOTA BHARU – Selepas lima tahun dibicara, Mahkamah Sesyen di sini semalam akhirnya menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara berserta dua sebatan ke atas seorang guru kerana didapati bersalah merogol anak muridnya yang berusia 12 tahun ketika kejadian.
Hakim Zainal L. Saleh memutuskan hukuman itu ke atas Mohd. Saidi Che Tengah, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah ke atas dua pertuduhan rogol yang dihadapkan ke atas bapa kepada lapan anak itu.
“Ini kesalahan serius. Faktor kepentingan awam juga saya ambil kira dalam memutuskan sesuatu hukuman yang dapat memberikan pengajaran kepada kamu dan seterusnya dapat menghantar mesej kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.