SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Showing posts with label gst. Show all posts
Showing posts with label gst. Show all posts

Aplikasi 'Mykira GST Bantu Pengguna Semak Harga Barangan Dan Buat Aduan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan aplikasi telefon mudah alih ‘MyKira GST’ yang membolehkan pengguna membuat semakan segera impak cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap harga lebih 10,000 barangan.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi yang dibangunkan KPDNKK dengan kerjasama MIMOS Bhd itu juga membolehkan pengguna yang tidak berpuas hati membuat aduan terus melalui saluran e-aduan yang disediakan.
“Dalam tiga langkah (melalui MyKira GST), pengguna boleh menyemak harga barangan dalam julat.
“Semua e-aduan melalui aplikasi ini akan diambil tindakan segera dengan dihantar terus ke pasukan penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu dan Pusat Gerakan AntiPencatutan (PGAP) di Ibu Pejabat KPDNKK di sini hari ini.
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store mulai sekarang manakala bagi Apps Store pula pada minggu pertama April.
Hasan dalam pada itu berkata PGAP mula beroperasi hari ini untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan khususnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Pindaan 2014).
Katanya PGAP akan beroperasi 24 jam dan dikendalikan 40 petugas secara bergilir-gilir termasuk untuk menerima aduan melalui telefon, saluran e-aduan dan juga media sosial.
Pengguna boleh membuat aduan melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882-6245 dan 03-8882-6088 dengan memberi maklumat yang spesifik agar pemeriksaan dibuat segera dan tindakan diambil, katanya.
Setiap aduan yang diterima akan direkod dan disalurkan kepada KPDNKK negeri dan penguat kuasa di peringkat akar umbi untuk diambil tindakan, katanya.
“Ada aduan boleh diambil tindakan serta merta seperti timbang berat dan tanda harga tetapi untuk aduan pencatutan ambil masa kerana perlu lakukan siasatan,” katanya.
Hasan berkata, lima mahkamah jenayah khas di lima zon – utara, selatan, timur, tengah, Sabah dan Sarawak – bagi mengendalikan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan akan mula beroperasi Rabu ini.
Pendakwaan kes akan dilakukan Jabatan Peguam Negara manakala pegawai penguat kuasa KPDNKK akan membekalkan maklumat berkaitan kes, katanya.
Sementara itu, Hasan berkata KPDNKK dan Kastam Diraja Malaysia akan melancarkan operasi bersama di seluruh negara pada 2 April.

4 Tips GST Ini Perlu Anda Tahu Bermula 1 April Ini

Tips GST.

1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak.
2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST 12 digit. Jika GST dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.
3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.
4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi.
Peniaga boleh dikenakan denda rm200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.

GST : 15 Barang Yang Anda Patut Tahu Dikecualikan Daripada GST

GST : 15 Barang Yang Anda Patut Tahu Dikecualikan Daripada GST

GST will be implemented in a month’s time. We’ve shown you 25 common food with a 6% GST. Most of  us will be greatly affected – especially those who love processed food, ready-made beverages and snacks. Only very basic food will be exempted such as rice and cooking oil. Even so, cooking oil like olive oil are still taxed. Here is a list of food items that are exempted GST.

GST :Senarai 100 Makanan Harian Anda Akan Naik Harga Bermula 1 April 2015

Ramai sudah tahu cukai GST akan mula dilaksanakan pada bulan hadapan, iaitu bulan April 2015 dan disebabkan itu beberapa produk makanan dijangka akan mengalami kenaikan harga. Dan dibawah ini adalah senarai 100 makanan kegemaran rakyat Malaysia yang turut terkesan seperti yang ditulis oleh laman web JewelPie.
Sebagai persediaan, anda mungkin sudah boleh mula memborong mana-mana makanan kegilaan dibawah untuk mengurangkan sedikit kesan kenaikan harga itu nanti.
GST: 100 Makanan Ini Akan Mengalami Kenaikan Harga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir