SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Showing posts with label KPDNKK. Show all posts
Showing posts with label KPDNKK. Show all posts

Aplikasi 'Mykira GST Bantu Pengguna Semak Harga Barangan Dan Buat Aduan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan aplikasi telefon mudah alih ‘MyKira GST’ yang membolehkan pengguna membuat semakan segera impak cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap harga lebih 10,000 barangan.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi yang dibangunkan KPDNKK dengan kerjasama MIMOS Bhd itu juga membolehkan pengguna yang tidak berpuas hati membuat aduan terus melalui saluran e-aduan yang disediakan.
“Dalam tiga langkah (melalui MyKira GST), pengguna boleh menyemak harga barangan dalam julat.
“Semua e-aduan melalui aplikasi ini akan diambil tindakan segera dengan dihantar terus ke pasukan penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu dan Pusat Gerakan AntiPencatutan (PGAP) di Ibu Pejabat KPDNKK di sini hari ini.
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store mulai sekarang manakala bagi Apps Store pula pada minggu pertama April.
Hasan dalam pada itu berkata PGAP mula beroperasi hari ini untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan khususnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Pindaan 2014).
Katanya PGAP akan beroperasi 24 jam dan dikendalikan 40 petugas secara bergilir-gilir termasuk untuk menerima aduan melalui telefon, saluran e-aduan dan juga media sosial.
Pengguna boleh membuat aduan melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882-6245 dan 03-8882-6088 dengan memberi maklumat yang spesifik agar pemeriksaan dibuat segera dan tindakan diambil, katanya.
Setiap aduan yang diterima akan direkod dan disalurkan kepada KPDNKK negeri dan penguat kuasa di peringkat akar umbi untuk diambil tindakan, katanya.
“Ada aduan boleh diambil tindakan serta merta seperti timbang berat dan tanda harga tetapi untuk aduan pencatutan ambil masa kerana perlu lakukan siasatan,” katanya.
Hasan berkata, lima mahkamah jenayah khas di lima zon – utara, selatan, timur, tengah, Sabah dan Sarawak – bagi mengendalikan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan akan mula beroperasi Rabu ini.
Pendakwaan kes akan dilakukan Jabatan Peguam Negara manakala pegawai penguat kuasa KPDNKK akan membekalkan maklumat berkaitan kes, katanya.
Sementara itu, Hasan berkata KPDNKK dan Kastam Diraja Malaysia akan melancarkan operasi bersama di seluruh negara pada 2 April.

Harga Baru Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel Bermula April 2015

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan harga runcit baharu petrol dan diesel bagi bulan April 2015 pada Selasa malam 31 Mac 2015

Harga Minyak RON95 RON95 Diesel Bulan April 2015

Selepas diumumkan harga runcit bagi bahan api itu akan mula berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam

Dari semakan MYsumber berdasarkan pengiraan purata bulanan trend harga pasaran sehingga 13 Mac 2015, harga Petrol RON95 dan RON97 di jangka akan mengalami kenaikan sebanyak 11 sen seliter

Manakala Diesel akan mengalami penurunan sebanyak 1 sen seliter berbanding bulan sebelumnya

HARGA TIDAK RASMI RON95, RON 97 DAN DIESEL BULAN APRIL 2015
Lampiran dibawah bagi harga minyak pada bulan April adalah harga jangkaan dan tidak rasmi
Harga Jangkaan Minyak Bulan April 2015

HARGA RASMI RON95, RON 97 DAN DIESEL BULAN APRIL 2015
Harga runcit sebenar dan rasmi akan dinyatakan selepas pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat pengumuman nanti
Info Subsidi Minyak

124 Sertai Program Menu Rakyat 1Malaysia : Terengganu


http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/124-Premis-Menu-Rakyat-1Malaysia-Di-Terengganu.jpgTerengganu mempunyai 124 premis menyertai Program Manu Rakyat 1Malaysia yang julung kali diadakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara.

Timbalan Pengarah KPDNKK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir