Terkejut si ibu apabila mendapati kedua-dua tangan dan kaki bayinya yang berusia setahun lebam seolah-olah kesan dera sebaik menerima rawatan di Hospital Slim River, 20 Jun lalu.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Ros, 28, mendakwa bayinya yang disahkan menghidap penyakit 'hydrocephalus' atau kepala besar itu menerima lebih 50 suntikan sewaktu menerima rawatan.