SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Tips Berkesan Bagaimana Untuk Lega dan Kurangkan Kahak Pada Bayi

Nota ini ditulis oleh seorang ibu, Puan Azura Hishamudin. Kaedah percussion ini digunakan untuk melega dan mengurangkan kandungan kahak dalam dada bayi. Semoga anak anda lebih selesa selepas melakukan kaedah ini.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ini saya hendak berkongsi tips dan rawatan untuk selesema dan batuk berkahak bayi. Rawatan ini dinamakan rawatan percussion. Semoga dengan penulisan saya kali ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk merawat anak dengan cara semulajadi. Ok, let’s start…
1. Tuang beberapa titis minyak kayu putih ke dalam besen bersih. Saya gunakan minyak kayu putih seperti gambar pertama. Tuangkan air panas menggelegak ke dalam besen berisi minyak tadi.
2. Wapkan wajah anak anda dalam keadaan meniarap. Sila rujuk gambar kedua. Tujuannya untuk anak sedut wap tu. (Nota penting: Mohon jaga tangan anak anda, takut termasuk dalam air panas.)
3. Tepuk-tepuk belakang, kiri dan kanan anak. Jangan tepuk di tengah-tengah. Guna teknik cupping semasa menepuk. Sila rujuk gambar ketiga. (Nota: Masa ini anak akan meronta minta dilepaskan. Dia akan menjerit sekuat hati. Memang kesian tengok anak meronta dan menangis tetapi kita mahu keluarkan kahak dia. Ibu-ibu hati mesti kental ye.)
4. Selepas 5 hingga 10 minit, akan keluar lendir kahak dari hidung si manja. Rujuk gambar keempat, kelima dan keenam. Sampai berbelon-belon keluar daripada hidung Khayla. Itulah hasil kekentalan hati kita untuk keluarkan kahak daripada hidung dia.
5. Selepas siap, buang lendir kahak daripada hidung anak. Selalu selepas buang, saya akan sedut lebihan hingus dalam hidung Khayla. Selepas itu, sapukan minyak bawang putih di tapak kaki dan belakang badan anak. Semasa itu dia pernafasan dia pun sudah lega sedikit dan muka tersenyum. Upah anak dengan susu, kerapkan susu badan bagi ibu yg masih menyusu badan.
Selamat mencuba.
Nota: Tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai G6PD, kerana kemungkinan kehadiran Metyl Salicylate dalam minyak angin atau minyak panas.
sumber : thevocket

Tip Rawat Demam Selsema Untuk Bayi Dan Kanak Secara Semulajadi

Tips rawatan demam selsema bagi bayi dan kanak-kanak secara semulajadi.

Bahan-bahan:

  • Minyak zaitun
  • Bawang putih
  • Lemon


caranya:

  1. campurkan hirisan lemon, bawang putih dan minyak zaitun komersial. 
  2. Ramas campuran hingga mengeluarkan bau segar.
  3. Gunakan campuran ini untuk mengurut tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain.
  4. Ia bg mengurangkan/merawat demam selsema yg amat mudah dijangkiti bayi dan kanak-kanak.selamat mencuba 

Sebab Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Diberi NESTUM




Baca perkongsian oleh iezo Shiharoshi mengenai bahaya bagi Nestum pada bayi bawah 6 bulan.. Baca selengkapnya di bawah:- 

Gambar | Bayi Berusia 5 Hari Dilekatkan Pita Pelekat Kerana...

Filipina – Kejam betul jururawat di sebuah wad bersalin hospital di bandar Cebu. Bayangkan dia sanggup melekatkan pita pelekat pada mulut bayi yang baru berusia lima hari, kerana bayi itu dikatakan `terlalu bising’.

“Bayi awak sangat bising, jadi saya letak itu (pelekat) di mulutnya,’’ itu jawapan tidak berhati perut jururawat terbabit kepada si ibu, Jasmine Noval apabila dia bertanya mengenai mengenai keadaan bayinya itu.
Jasmine mendapati bayinya, Yohannes dilekatkan dengan pita itu sekembalinya ke pusat

Berat Badan Bayi Susut, Badan Jadi Terlalu Panas Kerana Gangguan Saka

GUAL PERIOK - Kepanasan menyebabkan seorang bayi berusia sembilan bulan dari Kampung Tersang tidak dapat melelapkan mata, sejak tiga bulan dilahirkan.

Bayi menderita sukar tidur

Pengamal Pusat Perubatan Islam at-Tobibi, Datuk Ustaz Shamsuri Shafie berkata, orang lain mungkin berasa sejuk setiap kali menyentuh kulit pesakit tetapi sebaliknya pesakit pula berasa kulitnya panas.

Berita : Gambar | Bayi Perempuan 17 Bulan Maut Bawah Timbunan Baju Dalam Almari


Gerakan mencari seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang sebelum ini hilang di rumahnya berakhir selepas mayat bayi berkenaan ditemui di bawah timbunan baju dalam almari di rumah neneknya.

Berita : Gambar | Bayi 3 Bulan Patah Tangan Dan Kaki Didera Pengasuh


Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Berita : Ibu Terkejut Bayi Lebam Selepas Terima Rawatan Di Hospital Slim River


Terkejut si ibu apabila mendapati kedua-dua tangan dan kaki bayinya yang berusia setahun lebam seolah-olah kesan dera sebaik menerima rawatan di Hospital Slim River, 20 Jun lalu.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Ros, 28, mendakwa bayinya yang disahkan menghidap penyakit 'hydrocephalus' atau kepala besar itu menerima lebih 50 suntikan sewaktu menerima rawatan.

Berita : Ibu Terlupa Letak Bayi Atas Kereta


Seorang bayi berusia sebulan nyaris maut selepas terjatuh daripada kereta yang dipandu ibunya hanya kerana wanita tersebut terlupa bahawa dia meletakkan bayinya di dalam kerusi bayi di atas bumbung kenderaan terbabit.

Bayi dibuang dalam baldi di Tandas surau Kolej Swasta


Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di

11.11.11 jadi pilihan 17 ibu bapa


Gara-gara angkanya yang menarik, tarikh

kejam..Bayi dimasuk dalam beg plastik , diikat ,dibuang dalam tong sampah

Apa dosa bayi ini apabila dimasukkan dalam beg plastik yang

Penduduk Dunia ke 7 Billion ialah

Empat bayi yang dilahirkan di India, Filipina dan Rusia semalam dipilih sebagai

Tips Jaga Bayi: Perkara yang Patut dan Tidak Patut

Benda dan tabiat yang patut dan tak patut anda buat ketika menjaga bayi...jangan sesekali buat benda yang TIDAK PATUT

Apa salah dia sehingga dikelar???

sadis dan ngeri. sanggup betul budak perempuan tu

Tiada niat sembunyi bayi dalam tandas

Wanita yang menyorokkan bayi lelaki dilahirkannya di dalam tangki air pam tandas di rumah sewanya, kelmarin, dikatakan tidak berniat membunuh bayi itu, sebaliknya menyembunyikan kelahiran daripada pengetahuan rakan serumah yang tidak menyedari dia berbadan dua.




Tindakan wanita berusia 23 tahun dari Kuala Terengganu itu dipercayai dilakukan selepas panik melihat bayi dikandungnya lahir tanpa diduga ketika membuang air besar di tandas. 
Difahamkan, ketika kejadian, kandungan wanita itu dikatakan berusia lebih lapan bulan dan dia dijangka bersalin awal bulan depan.

Siasatan polis mendapati bayi dikandung wanita terbabit adalah anak luar nikah dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir