SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Hiburan : Gambar - Uji Rashid Kesal TV3 Masih Tidak Mohon Maaf


Penyanyi Uji Rashid menganggap tindakan pihak di stesen televisyen TV3 yang masih tidak memohon maaf kepadanya berhubung isu digugurkan daripada membuat persembahan semasa Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) pada 6 Januari lalu sebagai satu tindakan yang kurang sopan.
Uji Rashid

Hiburan : Gambar | Nurul Syuhada Jelas Sebab Letak Jawatan di TV3


Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu bukan kerana imejnya yang sudah berhijab.

Hiburan : Gambar | Fahrin dan Tasha Shila dalam Cerekarama Pengawal Hatiku

Cerekarama akan datang..Pengawal Hatiku..lakonan Fahrin Ahmad dan si cantik Tasha Shila..dibawah ialah gambar hari pertama penggambaran drama tersebut yg akan ditayangkan di tv3 slot cerekarama

Hiburan :Gambar | Awal dan Zizan Sah Jadi Pengacara Tetap Awal Jun ini


Stesen televisyen swasta TV3 yang menyiarkan rancangan hiburan popular, Melodi mengumumkan secara rasmi dalam kenyataan medianya hari ini bahawa dua pengacara tetapnya iaitu Zizan

Erra Fazira sertai Peserta Vokal

Erra Fazira bukanlah seorang penyanyi yang terlalu hebat untuk

Ingin Terus Bertudung: Fazura

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZom4Y30j_JQzddfhcEwzuiwerScHKU-QG59XUINIiwXlzX1jhXXR3Rjhuh1qtk2oVoi7IGnIxAytgzszhr4gkwcsgjvvk_k5qantsNf45QplbahYYrrSU41h4BjjNAKFGCwHvtGAjoQ4/s1600/thumbnail.php.jpgAlhamdulillah...itu yang patut kita ucapkan. dari tidak bertudung kepada ingin bertudung...satu penghijrahan yang amat baik dan dituntut dalam agama kita..Islam yang satu....Fazura dikatakan ingin kekal bertudung selepas tamat penggambaran

Jemputan Sahaja Boleh Datang Perkahwinan Nurul Syuhada

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, akan mengadakan majlis pernikahannya dengan seorang pegawai bank , Raja Amir Raja Azwa,29, pada 23 Julai depan untuk tetamu

John Morrison & Melina :WWE dekat TV3 Tak GANAS...


Dua Superstar dan Diva World Wrestling Entertainment (WWE) dari Amerika Syarikat iaitu John Morrison, 32, dan Melina, 32, menolak sukan hiburan itu mengundang keganasan kepada penonton.
Sebaliknya mereka menganggap program popular yang turut disiarkan di TV3 pada setiap Khamis, pukul 11 malam itu sekadar hiburan semata-mata.
“Saya tidak menganggap WWE sebagai suatu yang ganas kerana ikutkan terdapat pelbagai medium lain yang lebih ganas daripada WWE seperti pemainan video dan filem.
“Malah, bapa dan rakan-rakan saya menyukai program ini dan tidak menganggap ia ganas,” kata John ketika ditemui dalam siri penjelajahan ‘WWE Promotional Tour’ di Sunway Pyramid, di sini, Sabtu.
John dan Melina bergambar dengan para pemenang kuiz WWE anjuran TV3.
Jelasnya lagi, segala aksi gusti yang dilakukan bukanlah menunjukkan aksi gusti sebenar sebaliknya lebih kepada menghiburkan penonton.
Sementara Melina pula berkata: “Saya rasa tidak banyak aksi ganas yang ditonjolkan dalam WWE dan apa yang dipertontonkan merupakan aksi yang ingin dilihat oleh penonton.”
Lebih istimewa, TV3 turut meraikan empat daripada lima pemenang kuiz WWE bersama-sama pasangan masing-masing dalam majlis makan tengahari secara eksklusif bersama dua selebriti itu di Restoran Tony Romas, Sunway Pyramid.
Mereka adalah Hafiz Azwany Taher, 28, Johan Affendy Mahfoor, 29, Farid Husni, 14, Mike Chin, 26, manakala Nur Syahirah Hussin, 22, tidak hadir pada majlis itu.
Para pemenang memenangi hadiah tersebut setelah menjawab tiga soalan beserta sebuah slogan yang menarik di laman sesawang facebook.com/TV3MALAYSIA dan facebook.com/tontonMY yang berlangsung dari 21 hingga 23 Jun lalu.
John dan Melina ramah melayan peminat masing-masing sambil menikmati makan tengahari di Restoran Tony Romas, Sunway Pyramid.
John dan Melina yang pertama kali berpeluang bertemu dengan peminat WWE di negara ini agak terkejut dengan sambutan yang diberikan.
“Saya agak teruja dan terkejut kerana ramai peminat yang menantikan kemunculan kami di sini. Mereka seolah-olah sangat mengenali rapat dengan kami,” ujar John yang mengamal pemakanan seperti mengambil makanan berprotein dan berdaging.
Bagaimanapun dia tidak terlalu bimbang tentang diet dan hanya melakukan yang terbaik untuk sukan gusti itu.
Begitu juga dengan Melina yang menyukai pelbagai jenis makanan dan mengelak daripada mengambil kadar makanan yang terlalu banyak.
Selain berkunjung ke negara ini, mereka turut menjelajah ke Singapura untuk mempromosikan WWE dan berada di negara ini selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad.
c.z: memang pada ahli gusti tu tak ganas, kalau pada budak2..konpem ganas..silap hari bulan diorang pun mula buat aksi2 camtu..jadi kena la kawal. pastikan siaran yang ditonton adalah sesuai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir