SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Erra Fazira sertai Peserta Vokal

Erra Fazira sertai Peserta Vokal

Erra Fazira bukanlah seorang penyanyi yang terlalu hebat untuk
mengkritik penyanyi baru tetapi pengalamannya itu diperlukan dalam pertandingan nyanyian terbaru TV3, Vokal minggu pertama yang berlangsung di Shah Alam malam semalam.

Erra Fazira Kritik Peserta Vokal
Menurut Erra, dia terbabit dalam rancangan yang menilai para pesertanya berdasarkan mutu vokal dan tidak dipengaruhi oleh imej dan saiz badan itu berkata, pemilihannya berdasarkan kepercayaan TV3 terhadap bakat serta kredibilitinya sebagai penyanyi selama lebih 10 tahun.
“Saya rasa saya layak untuk mengkitik para peserta dalam rancangan Vokal ini. Ia berdasarkan pengalaman saya sebagai penyanyi. Apatah lagi TV3 juga memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi juri tetap Vokal sebab sebelum ini saya pernah terbabit dalam Mentor.
“Sebab itu saya akan gunakan pengalaman saya bagi memastikan setiap peserta Vokal akan mendapat manfaat terutama penghayatan vokal yang lebih baik daripada kritikan saya itu,” katanya pada sidang akhbar selepas program Vokal minggu pertama itu berlangsung.
Selain Erra, pada konsert minggu pertama yang disiarkan secara langsung melalui TV3 dari pukul 9 malam hingga 10 malam, dia digandingkan bersama seorang lagi pengkritik tetap iaitu komposer Azmeer serta pengkritik jemputan, Datuk Siti Nurhaliza.
Pada konsert itu, empat peserta yang kebanyakkannya berbadan gempal iaitu Asmidar, Boby, Mafa dan Azmarul akan meneruskan saingan pada minggu ketiga pada pertandingan yang menawarkan hadiah berupa wang tunai RM50,000 buat juaranya itu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir