AirAsia Berhad (AirAsia) memaklumkan akuan Facebook syarikat penerbangan tambang murah tersebut memperoleh lebih 2 Juta ‘Like’ sehingga September lalu.

Sehubungan itu AirAsia akan meraikan pencapaian tersebut dengan memberi tempat duduk percuma penerbangan kepada 2 juta pengguna Facebook yang memberi `Like’ kepada Facebook AirAsia.