SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Tiket Percuma Air Asia Sempena 2 Juta Like FB Air Asia

Tiket Percuma Air Asia Sempena 2 Juta Like FB Air Asia

AirAsia Berhad (AirAsia) memaklumkan akuan Facebook syarikat penerbangan tambang murah tersebut memperoleh lebih 2 Juta ‘Like’ sehingga September lalu.
Sehubungan itu AirAsia akan meraikan pencapaian tersebut dengan memberi tempat duduk percuma penerbangan kepada 2 juta pengguna Facebook yang memberi `Like’ kepada Facebook AirAsia.

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund The berkata, pengguna Facebook terbabit boleh menempah tempat duduk percuma itu sehingga 13 Oktober ini.
“Tempat duduk percuma penerbangan ini bagi destinasi domestik seperti Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuching serta destinasi antarabangsa seperti Singapura, Bangkok dan Banda Aceh.
“Penerbangan ini untuk tempoh perjalanan dari 14 Oktober 2013 hingga 5 Ogos 2014,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Siegtraund berkata, tempahan boleh dibuat dalam talian melalui www.airasia.com, dan juga melalui aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone, peranti Android, Blackberry 10 serta laman mudah alih di mobile.airasia.com.
Jelas beliau, maklumat lanjut mengenai promosi itu boleh didapati di facebook.com/AirAsia.
Beliau dalam pada itu menambah, AirAsia sentiasa menggunakan media sosial sebagai platform untuk berinteraksi, berkongsi maklumat dan mendapatkan maklum balas pelanggan.
Justeru, katanya, adalah sesuatu yang dibanggakan apabila menerima 2 Juta `Like’ pada Facebook AirAsia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir