Ini bagi menjawab pelbagai pertanyaan yang diposkan di facebook miliknya. Beliau
memberitahu tidak mengetahui tentang peraturan ini di peringkat kementeriannya dan mengarahkan pegawai Jabatan Perikanan untuk berjumpa dengan beliau esok.
Beliau turut menyifatkan cadangan ini tidak asuk akal dan turut berasa marah jika undang-undang tersebut dilaksanakan.
Beliau mengakui perkara ini telah dicadangkan dari Jabatan Perikanan tetapi tidak pernah dibincang diperingkat kementerian.
Dengan kenyataan dari 'Orang Kuat' ini nampaknya undang-undang lesen memancing yang tersebar sebelum ini akan dibatalkan serta merta.