SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Aplikasi Lesen Memandu Di SmartPhone.. Malaysia Bila Lagi???

Aplikasi Lesen Memandu Di SmartPhone.. Malaysia Bila Lagi???


Frasa “there’s an app for that” sangat sinonim dengan iPhone. Hakikatnya tidak semua benda di dunia mempunyai aplikasinya sendiri. Tetapi di Iowa sebuah projek percubaan akan dilakukan bagi membenarkan lesen memandu wujud di dalam bentuk aplikasi peranti
pintar. Apakah kelebihan merubah lesen memandu kepada aplikasi? Pertama sekali ia dengan mudah dapat mengingatkan pemandu bahawa lesen mereka hampir ataupun telah luput. Secara peribadi kami pernah memandu tanpa lesen selama 6 bulan kerana terlupa ianya sudah luput.Aplikasi lesen memandu ini turut memudahkan proses pembaharuan lesen kerana pemandu tidak perlu hadir ke jabatan pengangkutan jalan terdekat. Pembaharuan atas talian boleh dilakukan secara terus menerusi aplikasi yang sama.
Bagi pihak polis pula penggunaan aplikasi ini akan memudahkan mereka melihat kesahihan lesen memandu. Di Amerika Syarikat lesen memandu palsu kerap digunakan oleh remaja bawah umur untuk membeli minuman keras. Aplikasi lesen memandu menyukarkan pemalsuan identiti pemegangnya. Lesen yang digantung pula dapat dilihat secara terus dari aplikasi tanpa pegawai polis melakukan semakan pada kereta peronda. Selain aplikasi lesen memandu, di Iowa mereka juga bercadang untuk meletakkan maklumat hak milik kenderaan di dalam aplikasi yang sama. Sekali lagi penggunaan aplikasi mempercepatkan proses semakan oleh pegawai polis dan melihat sama ada kenderaan yang dibawa sah milik pemandu dengan cukai jalan serta insurans yang masih sah.
Di Malaysia sudah bertahun maklumat lesen memandu boleh dimasukkan ke dalam MyKad. Namun ianya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana pihak polis sendiri tidak membekalkan alat membaca MyKad kepada kesemua kereta peronda. Apabila ditahan oleh polis bermotor mereka tidak mempunyai pembaca dan sesiapa yang tidak membawa lesen memandu fizikal boleh dituduh tidak mempunyai lesen yang sah. Sudah berlaku beberapa kes mereka yang memasukkan maklumat ke dalam MyKad terpaksa ke balai untuk mengesahkan lesen memandu mereka masih sah. Oleh sebab itulah pemintaran MyKad yang sepatutnya digunakan secara menyeluruh masih tidak menjadi kenyataan.
Adakah anda menyokong penggunaan aplikasi lesen memandu di Malaysia?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir