SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Aeril Zafrel Adakan Sidang Media Jumaat Ini

Aeril Zafrel Adakan Sidang Media Jumaat Ini

Selepas kisah kontroversinya mengenai ‘perkahwinannya’ diperkatakan ramai, pelakon Aeril Zafrel mengambil langkah untuk memjawab segala persoalan tersebut dalam masa terdekat ini.

Bukti Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Sudah Berkahwin | 3 Gambar

Menerusi portal Gua, Aeril menyatakan akan mengadakan sidang media pada Jumaat ini.

Kehadirannya turut akan ditemani oleh ‘isterinya’, pelakon comel Wawa Zainal.
“Sekarang kalau boleh saya tak boleh komen mengenai hal tersebut. Saya akan mengadakan sidang media Jumaat ini. Wawa Zainal akan turut serta hadir pada sidang media tersebut,” katanya.
Selain itu, Aeril juga menjelaskan dia bukan melarikan diri sebaliknya dia mempunyai hak untuk berdiam diri sebelum mengambil langkah seterusnya.
“Istilah melarikan diri tak pernah wujud bagi saya. Ada sebab kenapa saya mendiamkan diri, tak jawab panggilan telefon atau membalas pesanan SMS.
“Berdima bukan bermaksud sesuatu itu salah atau benar, jangan tafsir bukan-bukan selagi perkara itu tidak keluar daripada pihak saya sendiri,” katanya.
Mengikut kronologi cerita pasangan ini dikatakan sudah bernikah pada bulan Februari tahun ini dan sudah pun dikurniakan cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lalu.
Untuk mengetahui segala kebenaran kisah mereka ini, kita tunggu sahaja Jumaat ini melihat hujah-hujah yang diutarakan oleh mereka.
Kita pun tak boleh tengok dan percaya bulat-bulat laporan sebelah pihak sahaja kan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir