Memang kecoh dunia hiburan apabila ruangan gosip BPOP di Berita Harian bertarikh 6 Oktober
2013 telah mendakwa bahawa pasangan ini sudah nikah pada 4 Februari yang lalu manakala sudah menimang cahaya mata pada 24 ogos 2013.Terdapat beberapa bukti yang menguatkan lagi dakwaan bahawa pasangan ini sebenarnya sudah pun nikah. Menerusi laporan keratan gosip berkenaan yang ditulis oleh wartawan Raja Nurfatimah, pasangan ini sudah sah mendaftarkan pernikahan mereka pada 4 Februari 2013 lalu di sebuah Pejabat agama daerah Selangor.
Ada juga segelintir pihak mendakwa bahawa pasangan ini sudah nikah lebih awal di negara jiran sebelum mendaftar perkahwinan di Malaysia pada bulan Februari.
Menerusi siasatan yang diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat seorang nama bayi yang baru lahir didaftarkan atas nama Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sebagai ibu bapa bayi tersebut.
Nama bayi tersebut adalah Ahmad Fakruddin Attar.
Lagi menguatkan lagi dakwaan apabila Wawa Zainal pernah memuat naik fotonya memakai baju kahwin di laman instagram.
lagi bukti
ENTRY PALING HOT >>> Cara Terbaik Mempromosikan Iklan 8Share