Kanak-kanak masa kini begitu terpesona dengan gajet-gajet canggih seperti tablet, ipad, dan handheld games. Tidak cukup dengan itu, mereka akan menghabiskan masa menonton televisyen. Ya, kebanyakan masa mereka terperap di rumah sahaja dan statik aka tidak aktif. Berbeza dengan kanak-kanak yang membesar sekitar tahun 80-an dan 90-an.
Zaman kanak-kanak ditempuhi dengan pelbagai adventure dan penerokaan. Rasa ingin tahu begitu tinggi sehingga berani mencuba pelbagai perkara. Itulah yang membentuk diri mereka menjadi lebih kuat dan kental apabila menghadapi cabaran. Berbeza dengan kanak-kanak masa kini yang kelihatan begitu rapuh emosinya dan mahu cara mudah sahaja.
Ironinya pula, kanak-kanak yang membesar sekitar tahun 80-an dan 90-an adalah ibu bapa muda buat kanak-kanak masa kini. Jadi, apa kata ibu bapa muda ini meluangkan masa untuk melakukan sesuatu yang kreatif dan adventure bersama anak-anak seperti waktu mereka kecil dulu. Contohnya seperti gambar-gambar alat mainan di bawah ini. Ia dibina dari kadbod-kadbod terpakai. Selain dapat bersama anak-anak, ia akan turut mengasah kreativiti dan imaginasi si anak.
Moga ini boleh dijadikan idea untuk aktiviti anda bersama anak-anak. Jika tiada masa sebagai alasan, sesungguhnya anda dalam kerugian kerana terlepas mencipta memori indah bersama anak-anak yang makin membesar ini.
ABC


Keretapi

Kapal

Kapal Terbang


Kereta

Tempat Letak Kereta


Tempat Cuci Kereta

Roket



Pek Jet Terbang

Jentolak

Trektor

Keretapi

Stesen Keretapi

Istana






Mesin Basuh

Dapur


Reban

Gitar

Bagasi dan Passport

Ball Maze

Mini Bola Keranjang

Katil

Kamera

Doll House


Count-n-Stack

Bandar


