SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , » VIDEO: "Mama..mereka kata kat adik..takda tangan..." Kisah Adik Ainaa Masuk Tahun 1

VIDEO: "Mama..mereka kata kat adik..takda tangan..." Kisah Adik Ainaa Masuk Tahun 1




Musim persekolahan baru sahaja bermula, kita akan dapat lihat pelbagai ragam kanak-kanak tahun satu yang memulakan menempuhi hari pertama persekolahan di seluruh negara.

Tidak terkecuali adik Ainaa Amanda shahzali kanak-kanak istimewa yang menjadi viral di
laman sosial hari ini dimana telah mengadu kepada ibunya "Mama.. mereka kata kat adik..takda tangan..." .



Adik Aina telah mengalami kecacatan tangan sejak dilahirkan lagi. Tetapi dari kepetahannya bercakap memang Admin rasa kanak-kanak ini seorang yang pandai dan juga memang comel

Percayakah anda kebanyakkan yang menonton video ini mesti akan rasa "mata masuk habuk", "tengah potong bawang" dan sebangainya.

Video yang dikongsi oleh ibunya sekadar perkongsian bersama-sama rakan-rakan bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai pengguna Facebook yang telah berkongsi video ini.

Didalam video itu tersebut adik Ainaa menceritakan kepada ibunya tentang pengalamannya memasuki alam persekolahan yang bermula semalam. Ada yang mengejek tentang tangannya yang cacat bagaimanapun perkataan yang membuatkan mata admin "masuk habuk" ialah kata-kata ini.

"Tuhan bagi kat saya la(Tiada tangan), awak ni, nanti kalau awak kena takde tangan nanti baru tahu".

Adik Aina telah mendaftar masuk ke Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Tobiar Pendang, Kedah.

Kami di Siakapkeli doakan adik Ainaa kuat dan tabah serta menjadi pelapis yang berkualiti bakal mewarisi masa depan negara satu hari nanti.Mari sama-sama kita saksikan video tersebut. Sediakan tisu yer..

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir