SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , » Gambar - Kejadian Helikopter PDRM Terlibat Kemalangan Ketika Hantar Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Gambar - Kejadian Helikopter PDRM Terlibat Kemalangan Ketika Hantar Bantuan Kepada Mangsa Banjir



KUALA LUMPUR: Berikutan penyebaran satu mesej Whatsapp yang menyatakan sebuah Helikopter PDRM terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kemalangan tersebut benar-benar terjadi petang tadi.

Menurut Khalid, Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD itu adalah milik PDRM dan terlibat kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.


Dalam insiden tersebut, dua juruterbang dan dua kru dilaporkan cedera dan mereka telah dibawa ke Hospital
Tanah Merah. Kesemua penumpang di dalam helikopter tersebut dilaporkan selamat.


Gambar kejadian
Menurut Khalid lagi, helikopter tersebut dalam misi menghantar bekalan makan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah.

Tan Sri Khalid telah mengesahkan laporan tersebut setelah lebih sejam mesej mengenai kejadian berlegar-legar di media sosial dan aplikasi Whatsapp. - Siakapkeli.com.my

Mesej yang tersebar di media sosial dan Whatsapp.




Gambar Kejadian
Helikopter 9M-PHD yang terlibat kemalangan

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir