SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Mu'alim Daerah Baru di Perak, Youth City Bandar Golongan Muda

Mu'alim Daerah Baru di Perak, Youth City Bandar Golongan Muda

IPOH – Perak akan mewujudkan daerah baharu merangkumi kawasan Tanjung Malim dan Slim River yang dikenali sebagai Mu’alim, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.



Beliau berkata kepadatan penduduk yang tinggal di kawasan itu memerlukan sebuah daerah
baharu diwujudkan di situ.
“Sekarang, ia (proses daerah baharu) kini di peringkat pentadbiran dan semua dokumen telah dihantar kepada kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Perak di sini hari ini.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memperkenan nama daerah itu dan pengumuman rasmi mengenainya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Selain itu, beliau berkata Perak bercadang mewujudkan sebuah bandar golongan muda atau ‘Youth City’ yang menyediakan pelbagai infrastruktur termasuk perumahan, pendidikan, pengangkutan serta perindustrian.
Zambry berkata ia adalah untuk memberi manfaat termasuk penempatan dan peluang pekerjaan kepada golongan muda berumur lingkungan 15 hingga 40 tahun sama ada bujang atau telah berkahwin.
“Keluasan tanah dan lokasi pembinaan akan diumumkan kemudian kerana ia bergantung kepada perbincangan dengan pihak kerajaan persekutuan dari segi keluasan sebenar yang mereka perlukan bagi membina youth city ini,” katanya.
Beliau berkata perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu akan diadakan dan berharap ia dapat dilaksana berteraskan konsep Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Zambry juga berharap cadangan membina bandar itu dapat dilaksana dengan segera berpandukan perancangan yang telah digariskan di peringkat awal. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir