SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Gambar - Punca Sebenar Kemalangan Bikers Di Lebuhraya Karak

Gambar - Punca Sebenar Kemalangan Bikers Di Lebuhraya Karak


Gombak: Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah
selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi ini.
 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YDH Dato'/Tuan. 
 Laporan Kemalangan Maut di
Zon Timur 1 (KL-Lanchang)
Tarikh : 19/10/2014 (Ahad)
Jam : L/kurang 1124 hrs.
Lokasi : KM 26.5(B).
Daerah : Gombak
Ringkasan Kejadian
-----------------
Pada 19/10/2014 jam lebih kurang 1124 telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi jenis superbike (jenis & no. pendaftaran tidak dikenal pasti) terbabas & terbakar & juga melibatkan 6 buah kereta - Toyota Camry, Toyota Vios, Honda City, P.Exora, P.Myvi & P.Alza. 
 Keterangan :
- 2 buah Superbike telah behenti di lrg tengah (trafik tersekat kerana kejadian lori melintang di KM 25.3WB) sebelum di langgar oleh sebuah lagi Superbike menyebabkan ketiga-tiga Superbike berkenaan terbakar bersama seorang penunggang & 2 org lagi penunggang tercampak & cedera parah. Sebuah lagi Superbike dipandu laju telah bergesel dgn Toyota Camry & Toyota Vios menyebabkan penunggang tersebut tercampak di bawah Toyata Honda City di lrg laju yg berhenti secara mengejut utk mengelak kebakaran tersebut, penunggang juga maut dilokasi & Superbikenya juga terbakar. Manakala P.Exora, P.Alza & P.Myvi telah berlanggar sesama sendiri ketika mengelak kemalangan berkenaan. 
 Unit bantuan : ANIH Ronda, peg dan ang Trafik Ipd Gombak,Bomba dan Penyelamat Daerah Gombak, pihak Hospital Selayang. 
 Butir -butir Mangsa (Si Mati)
-----------------
1) Penunggang M/sikal (Rentung) :
Nama: Zali bin Khalid(Maklumat penuh belum diperolehi)
2) Penunggang M/sikal (Mati)
Nama:Md Nizam bin Hanapiah (57 Thn)
No KP:670629-02-5399
Alamat:Kg Napoh Mk Hosba
Kbg Pasu Kedah
06000 Jitra. 
 2 lagi Penunggang M/sikal cedera parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Peg Penyiasat : Insp Zuriati bin Dollah, Trafik Ipd Gombak.
Cuaca baik dan Lalulintas Lancar.
Terima kasih YDH Dato'/Tuan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mana mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam kemalangan itu.
Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.22 pagi sebelum tiba lima belas minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.
"Seorang mangsa yang parah sudah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut ditempat kejadian," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

BACA >>> Fakta atau Auta : Cas Handphone Sambil Guna Boleh Sebabkan Letupan ???
Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan, kata jurucakap itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir