Cerita penceramah &
pakar kaunseling rumahtanggTUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah.
Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya...
Katanya," Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik,
sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka,
sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri sy kata,
"abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu
semua ok"...kita sama2
kerja.
"Saya nak bagit
ahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas...Lani dah senang,
baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg
sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur.
Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku.."
Berforum pula sy dgn
USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
😎suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri
boleh mkn,
😎siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,
😎siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua
suami,
Habis isteri?
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka
manis.
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.
Sebab tu kalau sama2
kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.
Isteri kalau buat
lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas
isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung,
Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam
mana nak bahagia rumahtangga?
Kita hari ni org Melayu
nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu
yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah
seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2
penat dpt, dosa pun dpt"
USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak
diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.
Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia
terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.
Oleh itu, jika suami
menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri
tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil
kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya.
Sedangkan isteri bekerja d i rumah melayani kepentingan keluarga.
Jika isteri bekerja di
luar rumah (sama2 mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut
membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak
yang masih kecil"
Jika kita tiada ilmu,
jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah
kewajipan isteri.
Ikutlah acuan yg Nabi
ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang
paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah
untuk isterinya....
Menjadi wanita tidak
penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat
senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.
Adilnya Islam bila kita
sama2 membantu...sama2 memuliakan antara satu sama lain.
SEMOGA ALLAH AMPUNKAN
KITA SEMUA