SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , » Kes Soalan Bocor UPSR : Seloka UPSR 2014

Kes Soalan Bocor UPSR : Seloka UPSR 2014


Seloka UPSR 2014


Hari pertama mood ceria,
Hari kedua mula kecewa,
Hari ketiga dapat berita,
Exam Sains kena tunda.


Hepi sakan hari ketiga,
ingatkn Sains jer yg kena,
Pabila malam menjelma,
Rupanya BI pun tipu juga.


Muka Deris jadi monyok,
Muhyidin pulak rasa kecewa,
Mak bapak lak mengamuk,
Sian bebudak exam semula.

Bab bocor ni citer lama,
Cuma 2014 terang tersebar,
Depa yang dapat rasa bahagia,
KPM lani baru sedar.


Merana kini aku merana,
Lirik dangdut dari Indonesia,
Alpa kitalah yang alpa,
5A punya hal memungkinkan segala.


Pahlawan Melaka nama Jebat,
Sahabatnya pula nama Kasturi,
Kononnya 5A kan nampak hebat,
Dosa pahala tolak tepi.


Kau di mana aku mencari,
Rasa sepi tanpa teman,
Bebudak tuisyen sana sini,
Rupanya dok hafal jawapan.


Ini zaman alaf baru,
Perkara pelik boleh berlaku,
Klau A sebab meniru,
Takyah dok banggalah lu.


Ada yang dapat ada yg tidak,
Itu kata kata guru kita,
Yang naya bebudak,
Ilang mood exam semula.


Pok amai-amai,
Belalang kupu kupu,
Tiru ramai-ramai,
Exam semula la kamu.


Shi lak kang kang,
Tu kata orang Cina,
Seminggu dah dok hafal jawapan,
Tahun ni kita terkena.


Kau di sana aku di sini,
Dok berjauhan terasa rindu,
Memalam wat kelas lagi,
Nak cover keje menipu.


Bungaku kerinduan lagu lama,
Jadi siulan otai kita,
Cikgu takyah gundah gulana,
Seme ni tugas negara.


Tak tertahan rasa kecewa,
Kau bungaku ku kerinduan,
Orang luar dok gelak ketawa,
Puak cikgu pendam perasaan.


Hingga kini hari berganti,
Bilakah kau akan menjelma,
30 Sep tetap dinanti,
Semoga tak berulang cerita sama.


Jangan disangka hamba gembira,
Pabila terjadi hal sebegini,
Ini cumalah satu seloka,
Untuk dikenang dikemudian hari.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir