SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , , , , » Punca Tunku Mahkota Johor Bidas Pengulas Sukan Astro Arena

Punca Tunku Mahkota Johor Bidas Pengulas Sukan Astro Arena

Bagi pandangan saya, pengacara Astro tidak profesional dan tidak tahu apa apa berkenaan bola sepak. Begitu banyak komen yang berat sebelah dan tidak memberi maklumat yang berdasarkan fakta kepada penyokong-penyokong bola sepak tanah air.
Yang pertama berkenaan dengan pasukan Harimau Muda A yang berada di Australia. Zainal
Abidin Raub mengatakan bahawa pemain bola sepak pasukan Harimau Muda A menerima pengalaman yang bagus di Australia dan mampu beraksi untuk pertandingan peringkat Asean. Kami sentiasa menyokong pasukan kebangsaan namun bagi pendapat saya kenyataan itu tidak benar. Ini kerana pasukan Harimau Muda A bermain di liga kampung di Australia. Bukan liga gred A. Tetapi liga gred D atau E. Pasukan kita dihantar ke Australia oleh kerana ada beberapa individu yang ada kepentingan peribadi mereka dan bukan dengan niat untuk menambah baik lagi mutu pasukan kita.
Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai masalah dan kita tidak boleh sembunyikannya demi pembangunan bola sepak negara. Pengacara Astro Arena juga selalu menafikan yang pengadil kita adalah begitu teruk. Sebagai pengacara, anda semua sepatutnya memberi maklumat yang benar kerana para penonton dan penyokong bola sepak berhak tahu perkara-perkara yang benar dan berdasarkan fakta.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir