Malaysian Airline System Bhd sedang mempertimbangkannya langkah pengurangan kerja, semakan semula arahan pesawat dan menggantikan ketua pegawai eksekutifnya selepas kesan negatif dua tragedi melibatkan pesawatnya tahun ini.
Bloomberg, memetik pihak yang mengetahui rancangan itu, melaporkan, syarikat induknya
Khazanah Nasional Bhd akan membincangkan cadangan itu esok.
Ini, menurut laporan itu lagi, termasuk menamatkan beberapa laluan penerbangan, kata sumber yang enggan identitinya diketahui kerana perbincangan itu berlangsung secara tertutup.
Syarikat penerbangan itu mungkin terpaksa menggugurkan 3,000 hingga 4,000 pekerja, menurut sumber yang lain.
Semakan Bloomberg mendapati ia mempunyai seramai 19,577 pekerja setakat penghujung tahun lalu.